Pendakwah terkemuka Habib Ali Zaenal Abidin dilantik sebagai Profesor Adjung FIS, UMS

KOTA KINABALU – Universiti Malaysia Sabah (UMS) melantik Habib Ali Zaenal Abidin Abu Bakar Al-Hamid sebagai Profesor Adjung Fakulti Pengajian Islam (FIS), UMS pada Isnin.

Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Exco Agama dan Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Dr. Mohd Ariffin Mohd Arif, pelantikan itu bakal membawa banyak manfaat kepada UMS dan masyarakat Sabah.

“Salah satu cara untuk melahirkan kecemerlangan ialah dengan berkongsi ilmu, pengalaman dan mendatangkan tokoh-tokoh ternama dalam bidang ilmu dan agama seperti mana yang kita dapat saksikan hari ini.

“Seperti mana Naib Canselor katakan tadi bukan sahaja beliau boleh berkhidmat, berbakti di UMS tetapi juga dapat menyebarkan ilmu, dakwah dan pengalaman beliau di seluruh negeri Sabah,” katanya ketika ditemui selepas menyaksikan Penyampaian Watikah Pelantikan Profesor Adjung FIS di Pusat Islam UMS.

Menurutnya, kerajaan negeri sentiasa menyokong usaha UMS dalam memperkasa ilmu pengetahuan khususnya dalam bidang keagamaan.

“Kerajaan negeri akan sentiasa menyokong termasuklah pada hari ini sudah dilancar tadi Kempen Infak Tunai Pembinaan Bangunan FIS, ini juga harus kita sokong.

“Saya mengalu-alukan masyarakat di seluruh negara khususnya negeri Sabah agar dapat tampil menginfakkan apa yang ada pada kita.

“Sama-sama kita mendukung usaha memperkasai ilmu pengetahuan khususnya bidang keagamaan,” tambahnya.

Dalam pada itu, Habib Ali Zaenal Abidin menyambut baik pelantikannya sebagai profesor Adjung FIS.

“Dengan hati yang amat gembira atas kepercayaan yang diberikan kepada saya untuk menerima anugerah sebagai Profesor Adjung daripada UMS.

“Ini satu penghargaan dan amanah yang saya akan pikul untuk meningkatkan kualiti pendidikan, ilmu dan juga dakwah melalui khidmat pengajian yang diadakan di UMS secara khususnya dan juga di negeri Sabah secara umumnya,” katanya.

Related Posts

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

ALOR SETAR – Seorang Ahli Parlimen ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah pada Khamis bagi tujuan pertuduhan berkaitan usahasama ternakan lembu milik kerajaan negeri. Menurut sumber, penahanan itu susulan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dewan Rakyat pasti merindui gelagat Bung – Amirudin

PEMERGIAN Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin satu kehilangan besar buat negara. Perkara itu diluahkan oleh Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari yang berkata, Allahyarham banyak menyumbang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

Dewan Rakyat pasti merindui gelagat Bung – Amirudin

Dewan Rakyat pasti merindui gelagat Bung – Amirudin

Bung Moktar pemimpin lantang, jasanya kekal diingati – Fahmi

Bung Moktar pemimpin lantang, jasanya kekal diingati – Fahmi

Bung Moktar akan dikebumikan di Kampung Likas

  • By Ynom
  • December 5, 2025
Bung Moktar akan dikebumikan di Kampung Likas

397 PATI selesai jalani hukuman dipindah ke Indonesia

  • By Fatin
  • December 5, 2025
397 PATI selesai jalani hukuman dipindah ke Indonesia

Bung Moktar individu hebat, sahabat yang setia – Wan Rosdy

Bung Moktar individu hebat, sahabat yang setia – Wan Rosdy