DOSM lapor suku ketiga ekonomi Malaysia berkembang 5.3 peratus

JABATAN Perangkaan Malaysia melaporkan anggaran awal menunjukkan ekonomi Malaysia berkembang 5.3 peratus pada suku ketiga (Q3) 2024, lanjutan daripada peningkatan kukuh 5.9 peratus pada suku tahun sebelumnya.

Jabatan itu menerusi anggaran keluaran dalam negara kasar (KDNK) awal yang dikeluarkan hari ini berkata, KDNK berkembang 5.1 peratus bagi tempoh dari Januari hingga September 2024, berbanding 3.8 peratus pada tempoh yang sama tahun sebelumnya.

“Pasaran buruh stabil, tekanan inflasi yang sederhana, dasar fiskal dan monetari yang menggalakkan, serta pemulihan berterusan dalam aktiviti pelancongan dijangka meneruskan momentum pengembangan dalam ekonomi domestik,” kata Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan hari ini.

Berdasarkan petunjuk dikeluarkan jabatan itu, nilai jualan perdagangan borong dan runcit meningkat 6.7 peratus pada Julai dan menyederhana kepada 4.7 peratus pada Ogos 2024.

Sementara itu, Indeks Pengeluaran Perindustrian berkembang 5.3 peratus dan 4.1 peratus masing-masing pada Julai dan Ogos 2024.

“Bagi sektor luaran, perdagangan Malaysia menunjukkan daya tahan dengan pertumbuhan eksport sebanyak 7.8 peratus dan pertumbuhan import 20.8 peratus pada suku tahun ini.” katanya.

Beliau berkata, prestasi ekonomi pada suku tahun ini dipacu oleh sektor perkhidmatan yang meningkat sebanyak 5.1 peratus (Suku Kedua 2024: 5.9 peratus), diterajui oleh subsektor perdagangan borong dan runcit, pengangkutan dan penyimpanan dan perkhidmatan perniagaan.

Selain itu, sektor pembuatan mencatatkan peningkatan yang lebih baik kepada 5.7 peratus berbanding 4.7 peratus pada suku tahun sebelumnya, disokong terutamanya oleh produk elektrik, elektronik dan optikal serta produk petroleum, kimia, getah dan plastik.

Sektor pembinaan terus melonjak dengan pertumbuhan 19.5 peratus, meningkat daripada 17.3 peratus berikutan prestasi kukuh dalam semua segmen, terutamanya aktiviti pembinaan pertukangan khas dan bangunan bukan kediaman.

Manakala sektor pertanian meningkat lebih perlahan pada suku tahun ini pada 4.0 peratus berbanding 7.2 peratus pada suku kedua 2024, berkutan pertumbuhan sederhana dalam subsektor kelapa sawit.

Bagaimanapun, sektor perlombongan dan pengkuarian menyusut 3.4 peratus berbanding pertumbuhan 2.7 peratus pada suku tahun sebelumnya, dipengaruhi oleh penurunan dalam subsektor gas asli dan minyak mentah dan kondensat.

Susulan anggaran awalan ini, laporan awal KDNK yang menyediakan set data analisis terperinci dan komprehensif bagi suku ketiga 2024 akan dikeluarkan pada 15 November 2024.

Related Posts

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyelaras semula dasar ekonomi bagi mengurus peningkatan kos, di samping memastikan bekalan dan keperluan asas rakyat kekal mencukupi dalam menghadapi krisis bekalan global. Menteri Ekonomi, Akmal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyusun semula strategi sektor pelancongan dengan memberi tumpuan kepada pasaran yang lebih berdaya tahan bagi memastikan kemasukan pelawat dan hasil negara kekal stabil susulan krisis bekalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tindakan seleweng 5,030 liter diesel terbongkar

Tindakan seleweng 5,030 liter diesel terbongkar

Pendaftaran kad OKU autisme meningkat 4 kali ganda

Pendaftaran kad OKU autisme meningkat 4 kali ganda

Lelaki ditahan kes gangguan seksual di pasar raya

Lelaki ditahan kes gangguan seksual di pasar raya

Bekas pegawai kanan DBKL kekal dipenjara 4 tahun, denda RM1 juta terima suapan RM200,000

Bekas pegawai kanan DBKL kekal dipenjara 4 tahun, denda RM1 juta terima suapan RM200,000

PMX buktikan Kelantan tidak dipinggirkan, pembangunan lintas politik jadi keutamaan Kerajaan MADANI

PMX buktikan Kelantan tidak dipinggirkan, pembangunan lintas politik jadi keutamaan Kerajaan MADANI

Selat Melaka kekal aman, tidak perlu campur tangan kuasa luar

Selat Melaka kekal aman, tidak perlu campur tangan kuasa luar