RUU Pekerja Gig 2025 langkah bersejarah namun, jangan sekadar jadi kosmetik

PUTRAJAYA – Pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig 2025 adalah simbol kesungguhan Kerajaan MADANI dalam memperkasa rakyat menerusi ekosistem pekerjaan moden.

Pensyarah kanan Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr Nurhidayah Abdullah berkata, dasar terbabit merupakan bukti bahawa pekerja gig tidak lagi diabaikan, sebaliknya diiktiraf sebagai tenaga kerja penting dalam ekonomi baharu negara.

Beliau berpandangan, dengan adanya peruntukan undang-undang khusus, pekerja gig kini mempunyai rujukan sah dan pelindung kukuh bagi mempertahankan hak mereka.

“Antara perkara utama dimaktubkan dalam RUU termasuk asas pembentukan peraturan pekerjaan gig, iaitu definisi pekerja gig lebih jelas, mekanisme aduan dan pertikaian, perlindungan sosial melalui PERKESO, serta isu gaji dan kontrak bertulis. Elemen itu adalah isu besar yang sering diperdebatkan di kalangan pekerja dan majikan platform.

“RUU itu turut membawa ciri baharu yang memberi nafas segar, antaranya penubuhan Tribunal Pekerja Gig yang membolehkan pertikaian diselesaikan lebih cepat dan kos rendah berbanding mahkamah sivil, serta penubuhan Majlis Perundingan yang membuka ruang dialog telus antara kerajaan, penyedia platform dan pekerja gig.

“Pada masa sama, hak asas pekerja seperti slip bayaran, ketelusan pendapatan, dan larangan penamatan tanpa sebab munasabah turut diberi penekanan khusus,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Rabu.

Mengulas lanjut, Nurhidayah memaklumkan, RUU terbabit juga dapat meningkatkan keyakinan terhadap masyarakat untuk terus berkecimpung dalam sektor itu demi menstabilkan pendapatan keluarga selain, akhirnya pekerja gig mendapat perlindungan sewajarnya.

Dari sudut perundangan, beliau berpendapat, tribunal juga dapat mengurangkan beban mahkamah sivil dan mewujudkan kepastian undang-undang.

“Bagi dasar awam, Malaysia kini selari dengan negara lain yang telah lebih awal melaksanakan undang-undang khas bagi melindungi pekerja gig, malah seiring dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG 8) iaitu pekerjaan layak dan pertumbuhan ekonomi.

“Namun begitu, terdapat juga suara kegusaran yang dibangkitkan wakil persatuan gig berkaitan seksyen tertentu dalam RUU tersebut. Antaranya, kebimbangan berkaitan tafsiran ‘sebab munasabah’ bagi penamatan kerja yang didakwa masih longgar dan berpotensi memihak kepada syarikat,” katanya.

Dalam pada itu, Nurhidayah menegaskan, wujud kebimbangan mengenai potongan gaji atas alasan kesilapan syarikat yang boleh dimanipulasi serta tempoh pembayaran pendapatan dalam masa tujuh hari yang dianggap terlalu lama untuk pekerja yang bergantung kepada pendapatan harian.

“Mereka juga mempersoalkan seksyen yang membenarkan penyedia platform menggantung akaun pekerja sehingga 14 hari bagi tujuan siasatan. Bagi mereka, tempoh terlalu lama dan menyebabkan pekerja kehilangan sumber rezeki serta-merta walau belum dibuktikan bersalah. Mereka mencadangkan tempoh siasatan dipendekkan, atau sekiranya perlu dilanjutkan, satu bayaran minimum harian wajar diberikan.

“Justeru, selain memuji RUU ini dibentang sebagai langkah awal yang bersejarah, kegusaran yang dibangkitkan oleh wakil persatuan gig juga wajar diberi perhatian serius. Undang-undang tidak boleh menjadi kosmetik semata-mata, tetapi harus benar berfungsi melindungi golongan pekerja gig yang rentan.

“Oleh itu, amatlah diharapkan agar sesi perbahasan RUU ini di Parlimen akan  berlangsung dengan matang dan berfokus, agar hasilnya mampu memperkasakan undang-undang yang digubal serta memberi manfaat optimum kepada pekerja gig, penyedia platform dan negara secara keseluruhan,” katanya.

Terdahulu, Menteri Sumber Manusia, Steven Sim, membacakan kali pertama Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan di Dewan Rakyat, pada Isnin.


Pembentangan RUU itu sekali gus menyelesaikan isu berkaitan hak perburuhan, gaji dan keselamatan pekerja gig.

Related Posts

Tindakan isytihar turunkan Tuanku Muhriz tidak sah, tidak diiktiraf

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan menegaskan tindakan Datuk Mubarak Dohak yang menandatangani serta membacakan pengisytiharan menurunkan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Balai Undang Luak Sungei Ujong, semalam, adalah tidak sah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kurangkan beban pengamal media, sidang media mingguan dilaksana hibrid – Fahmi

GOMBAK – Sidang media mingguan Jurucakap Kerajaan Perpaduan akan dilaksanakan secara hibrid demi mengurangkan bebanan kepada pengamal media susulan konflik di Asia Barat yang menyebabkan krisis tenaga global kini. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tindakan isytihar turunkan Tuanku Muhriz tidak sah, tidak diiktiraf

Tindakan isytihar turunkan Tuanku Muhriz tidak sah, tidak diiktiraf

Langkah strategik kerajaan Pahang bantu usahawan

Langkah strategik kerajaan Pahang bantu usahawan

Program JHEKS rapatkan masyarakat, agensi kerajaan

Program JHEKS rapatkan masyarakat, agensi kerajaan

Bayern juara Bundesliga, kini sasar Liga Juara-Juara UEFA

Bayern juara Bundesliga, kini sasar Liga Juara-Juara UEFA

Kerajaan Persekutuan, Sabah komited bantu mangsa kebakaran Kg Bahagia

Kerajaan Persekutuan, Sabah komited bantu mangsa kebakaran Kg Bahagia

Kerajaan Sabah gerak semua agensi bantu mangsa kebakaran Kg Bahagia

Kerajaan Sabah gerak semua agensi bantu mangsa kebakaran Kg Bahagia