RUU Keselamatan Dalam Talian akan digubal

RANG Undang-undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian akan digubal bagi mengekang buli siber yang kian merunsingkan, umum Perdana Menteri.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini bagi memastikan penyedia perkhidmatan turut bertanggungjawab dalam meningkatkan tahap keselamatan khususnya membabitkan kanak-kanak.

“Negara yang mencanang kebebasan keterlaluan kini telah mengambil beberapa tindakan untuk mengekang keterlanjuran, termasuk yang menyebabkan kematian melalui aplikasi media sosial.

“Ancaman siber kini semakin menggugat tata hidup bermasyarakat dan menjadi lebih membimbangkan.

“Isu scam, pornografi kanak-kanak, pembulian siber di media sosial sehingga mengakibatkan kehilangan nyawa ialah isu besar yang mesti dibendung.

“Sebuah Portal Fraud Kebangsaan telah diluncurkan sebagai ikhtiar memerangi penipuan dalam talian.

“Portal ini mempermudah pengesanan transaksi mencurigakan secara automatik,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat, hari ini.

Related Posts

Semua pihak perlu junjung titah Agong perangi rasuah

TITAH Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, yang menekankan keperluan tindakan tegas dan menyeluruh dalam memerangi rasuah serta salah guna kuasa perlu dijadikan panduan utama oleh semua pihak, kata Menteri Komunikasi,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ahli Parlimen diingatkan jangan cetus ketegangan antara wilayah

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menitahkan Ahli Parlimen supaya tidak mengeluarkan kenyataan atau tindakan yang bersifat menghasut sehingga boleh mencetuskan ketegangan antara wilayah, sekali gus menjejaskan keharmonian dan perpaduan negara.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pihak berkuasa Thailand kenal pasti 3 suspek bom stesen minyak

Pihak berkuasa Thailand kenal pasti 3 suspek bom stesen minyak

Isu pindah tapak kuil Dewi Sri Pathrakaliamman selesai

Isu pindah tapak kuil Dewi Sri Pathrakaliamman selesai

Cemas ular tedung hitam ceroboh kediaman, APM bertindak pantas

Cemas ular tedung hitam ceroboh kediaman, APM bertindak pantas

Pemandu van Siam dihadapkan ke mahkamah kes langgar gadis hingga maut

Pemandu van Siam dihadapkan ke mahkamah kes langgar gadis hingga maut

Sarawak cadang AirBorneo jadi penerbangan rasmi Sukan SEA 2027

Sarawak cadang AirBorneo jadi penerbangan rasmi Sukan SEA 2027

Pindaan undang-undang bukti komitmen reformasi Kerajaan MADANI – Ahli Parlimen Miri

Pindaan undang-undang bukti komitmen reformasi Kerajaan MADANI – Ahli Parlimen Miri