KERAJAAN melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) memperuntukan hampir RM600 juta sebagai persiapan mendepani musibah banjir.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan itu termasuk lebih RM300 juta yang telah disediakan untuk persiapan sekiranya berlaku bencana pada bila-bila masa.
Selain itu katanya, RM20 juta geran padanan turuy disediakan segera kepada Yayasan GLIC dan GLC untuk memperhebat respons dan penyaluran bantuan kepada mangsa di kawasan terjejas banjir.
“Kita menghadapi musibah banjir kilat yang melanda ibu kota dan beberapa bandar lain. Sebagai langkah segera.
“Justeru, saya telah arahkan untuk penyaluran segera RM150 juta kepada PBT dan Jabatan Pengairan dan Saliran untuk mulakan kerja pembersihan longkang dan pengorekan sungai di kota-kota yang terkesan,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat hari ini.
Dalam pada itu kataya, pengurusan bencana negara terus ditambah baik di samping menyegerakan pelaksanaan projek tebatan banjir melibatkan kerjasama semua kontraktor.








