RM120 bilion pelaburan awam untuk pembangunan

KERAJAAN akan melaksanakan pelaburan awam untuk pembangunan 2025 berjumlah RM120 bilion, antara yang tertinggi dalam sejarah, menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, selain peruntukan pembangunan oleh kerajaan, projek secara usaha sama awam-swasta (PFI) bernilai RM9 bilion turut dilaksanakan.

Selain itu, katanya, pelaburan langsung domestik oleh syarikat syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) bernilai RM25 bilion.

Perdana Menteri juga memaklumkan, katanya, Pelan Induk Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) turut akan menggariskan hala tuju ampuh dalam memperkukuh hubungan strategik badan awam dan swasta.

“Tumpuan utama untuk meningkatkan pelaburan swasta sebanyak RM78 bilion dan menjana 900,000 peluang pekerjaan menjelang 2030.

“Projek pembangunan akan dilaksanakan dengan mengambil kira elemen pengguna bayar bagi meredakan bebanan fiskal kerajaan,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat, hari ini.

Related Posts

UMNO undang pemimpin tertinggi parti Melayu, Islam mula usaha pembentukan kolaborasi agung

KUALA LUMPUR – UMNO akan mengundang pemimpin tertinggi setiap parti politik Melayu dan Islam untuk memulakan usaha pembentukan kolaborasi agung dalam masa terdekat. Presiden UMNO yang juga Pengerusi Barisan Nasional…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMNO tubuh kolaborasi agung Melayu tanpa menggugat Kerajaan Perpaduan

KUALA LUMPUR – UMNO berhasrat untuk menyatukan seluruh parti Melayu dan Islam di bawah satu gabungan dikenali ‘grand collaboration’ atau ‘kolaborasi agung’, tanpa berhajat untuk menggugat Kerajaan Perpaduan. Presiden UMNO,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO undang pemimpin tertinggi parti Melayu, Islam mula usaha pembentukan kolaborasi agung

UMNO undang pemimpin tertinggi parti Melayu, Islam mula usaha pembentukan kolaborasi agung

Kenyataan bertentangan gores UMNO datang daripada DAP ‘Team B’

Kenyataan bertentangan gores UMNO datang daripada DAP ‘Team B’

Projek Hopecare tingkat akses air bersih komuniti luar bandar Limbang

Projek Hopecare tingkat akses air bersih komuniti luar bandar Limbang

Ahmad Zahid diberi tanggungjawab jaga FELDA, FGV

Ahmad Zahid diberi tanggungjawab jaga FELDA, FGV

Maritim Tawau tahan bot nelayan tempatan, langgar syarat sah lesen

Maritim Tawau tahan bot nelayan tempatan, langgar syarat sah lesen

Sabah lancar pelan pengurusan warisan dunia baharu, tumpu isu perubahan iklim

Sabah lancar pelan pengurusan warisan dunia baharu, tumpu isu perubahan iklim