RUU 355: Insya-Allah Ogos ini kita bentang – PM

PUTRJAYA – “Insya-Allah Ogos ini, kita bentangkan,” demikian kesediaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355).

Bagaimanapun, beliau mahu pindaan RUU 355 itu tidak dilakukan secara tergopoh-gopoh dan mengesyorkan proses pindaan itu dilakukan dengan teliti mengambil kira pandangan semua pihak sama ada Mahkamah Syariah serta Mahkamah Sivil, termasuk pakar undang-undang antarabangsa.

Untuk itu, beliau mengarahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar untuk menyelaras usaha itu.

“Kita mahu supaya diteliti betul-betul kerana sebaik sahaja dibentangkan, ia menjadi satu dokumen yang kukuh, disepakati oleh semua negeri, mufti dan ulama.

“Malah, saya minta Jakim dan Mohd Na’im untuk cuba menyelaraskan dan minta pandangan pakar perundangan, kerana harus dijadikan dokumen penting yang boleh ditelaah oleh pakar antarabangsa.

“Ini bukan satu dalil untuk melengahkan atau untuk meremehkan usaha lalu tetapi memang ada kelemahan besar dalam peruntukan.

“Jadi bukan sahaja dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) tapi harus rujuk pakar antarabangsa. Kefahaman itu perlu menyeluruh.

“Bahkan perbincangan juga harus membabitkan bukan sahaja Mahkamah Syariah tetapi juga Mahkamah Sivil, pakar perundangan, hakim terutama Ketua Hakim Negara serta hakim kanan dalam Mahkamah Sivil supaya kefahaman itu lebih,” katanya.

Anwar ketika berucap merasmikan Konvensyen Memartabatkan Perundangan dan Kehakiman Syariah Malaysia, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Konvensyen Memartabatkan Perundangan dan Kehakiman Syariah Malaysia di sini, hari ini.

Turut hadir, Mohd Na’im dan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

RUU 355 bertujuan meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah yang terhad, iaitu denda RM5,000 atau tiga tahun penjara atau dan sebat enam kali kepada bidang kuasa lebih mengikut syariah, kecuali hukuman bunuh.

Mengenai perkembangan pindaan peruntukan itu, Perdana Menteri berkata, beliau baru selesai menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah selaku Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI), minggu lalu.

Sebelum ini, Anwar turut menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi meneruskan perbincangan mengenai pindaan terkait RUU 355.

“Pada minggu lalu saya menghadap Pengerusi MKI yang baharu, Sultan Nazrin dan setuju dengan kerangka awal yang dibentangkan oleh jawatankuasa pakar dan disampaikan kepada Mohd Na’im.

“Saya ucap terima kepada beliau yang nampaknya menyegerakan proses ini dan Sultan Nazrin menyatakan kesediaan baginda untuk berbincang dalam mesyuarat (MKI) Ogos ini.

“Maknanya ada perubahan, kesediaan dan saya harap dari semua negeri, semua dalam kalangan melihat ini secara positif.

“Insya-Allah Ogos ini, kita bentangkan. Namun berdasarkan perbincangan saya dengan Sultan Nazrin, sebaiknya diangkat kepada pihak antarabangsa, rujuk semula sebelum dirujuk kepada AGC. Kemudian kepada sidang Majlis Raja-Raja Melayu kerana soal Islam dan adat mesti mendapat kelulusan Majlis Raja-Raja,” katanya.

Related Posts

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

PUTRAJAYA – Kerajaan mengumumkan semakan mingguan harga runcit produk petroleum dengan RON95 tanpa subsidi dan diesel di Semenanjung Malaysia mencatat kenaikan lima sen bagi tempoh 7 hingga 13 Mei ini,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN di Cebu

CEBU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-48 serta mesyuarat berkaitan yang berlangsung di sini bermula esok hingga 8 Mei ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

Bantah ADUN lantikan: AMANAH tegas pertahan prinsip demokrasi di Johor

Bantah ADUN lantikan: AMANAH tegas pertahan prinsip demokrasi di Johor

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan