Rundingan tarif AS: Jangan sentuh dasar Bumiputera – PMX

PUTRAJAYA – Kerajaan MADANI berpendirian tegas untuk tidak berkompromi dalam soal dasar negara termasuk dasar Bumiputera meskipun berdepan tekanan dalam rundingan isu tarif dengan Amerika Syarikat (AS).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia menghargai hubungan dagangan serta pelaburan dengan kuasa besar ekonomi itu, namun negara tetap mempunyai sempadan jelas dalam mempertahankan prinsip dan dasar yang telah diterima pakai sejak sekian lama.

“Walaupun kita hadapi sekarang dalam rundingan dengan AS dalam soal tarif Presiden (Donald) Trump. Itu perkara yang kita beri penekanan. Beberapa kali Jemaah Menteri (berbincang), tetapi kita ada pendirian, kita ada redline, risiko kita sedia hadapi.

“Apa dia redline itu? Jangan ganggu soal dasar negara. Dia kata kalau dasar Bumiputera itu diskriminasi. No (tidak). Kita kata no (tidak). Malaysia ini tegak dengan beberapa dasar yang kita terima pakai. Tapi ini redline kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Perjumpaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama warga Jabatan Perdana Menteri bagi Bulan Julai Tahun 2025, pada Isnin.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, pendirian tegas kerajaan termasuk mengenai sistem perolehan kerana ia memberi ruang kepada pembangunan syarikat tempatan.

“Sistem perolehan. Kita ada juga keperluan untuk kita beri peluang kepada syarikat tempatan. Itu redline kita dalam rundingan dan sebab itu rundingan kita lebih teliti serta lebih tegas.

“AS itu penting sebab saya pernah sebut pelaburan AS itu antara tertinggi tetapi tidak ada negara yang boleh meletakkan syarat yang menekan kita.
“Sebab itu kita terus dengan negara China dan dengan negara ASEAN dan negara Asia,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar turut menjelaskan, hubungan diplomatik baik kerajaan dengan beberapa pemimpin dunia ketika ini turut membuka peluang baharu kepada syarikat Malaysia di luar negara.

Beliau memberi contoh kejayaan kerjasama antara Malaysia dan Brazil yang tercetus hasil perbincangan dengan Presiden Luiz Inácio Lula da Silva dua tahun lalu.

“Presiden Lula telefon saya, dia kata, Anwar Brazil ada telaga minyak terbaik dan dia kata dia reserve satu telaga khas untuk Petronas. Kini Petronas sudah pun memulakan operasi cari gali di Brazil. Itu hasil kepada kita,” katanya.

Related Posts

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

KOTA BHARU – Kerajaan Persekutuan menambah peruntukan pembangunan untuk Kelantan daripada RM3 bilion kepada RM8 bilion sebagai bukti keprihatinan terhadap pembangunan negeri itu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Potongan gaji menteri bergantung keputusan PM – Fahmi

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, Jemaah Menteri tidak menolak kemungkinan melaksanakan pemotongan gaji menteri sekiranya keadaan ekonomi negara bertambah meruncing susulan konflik di Asia Barat. Beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Potongan gaji menteri bergantung keputusan PM – Fahmi

Potongan gaji menteri bergantung keputusan PM – Fahmi

Kapal Malaysia antara terawal lepasi Selat Hormuz, harga minyak turut dipengaruhi kos insurans

Kapal Malaysia antara terawal lepasi Selat Hormuz, harga minyak turut dipengaruhi kos insurans

15 peratus terjejas harga diesel, kerajaan cari jalan ringankan beban rakyat – PM

15 peratus terjejas harga diesel, kerajaan cari jalan ringankan beban rakyat – PM

PM ucap tahniah jemaah haji, doakan urusan dipermudah

PM ucap tahniah jemaah haji, doakan urusan dipermudah

KSN santuni pelajar, sampaikan sumbangan di Bachok

KSN santuni pelajar, sampaikan sumbangan di Bachok