Rumah Mesra SMJ beri kegembiraan menjelang perayaan

LAHAD DATU – Penyerahan 40 buah Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tungku yang siap sepenuhnya memberi sinar kegembiraan kepada penerima menjelang perayaan akan datang. 

Demikian dinyatakan Ketua Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Tungku, Abd Momen Anchai@Anghai apabila Rumah Mesra SMJ turut dinikmati penerima bukan beragama Islam yang akan menyambut Krismas bersama keluarga tidak lama lagi. 

“Sebanyak 40 buah rumah yang siap akan diserahkan agar mereka dapat menyambut hari Krismas dan yang beragama Islam akan dapat menyambut Hari Raya nanti yang akan datang.

“Kita ada empat mukim dan kita akan terus jelajah untuk membagi mereka kunci supaya mereka dapat tinggal bersama dengan keluarga,” katanya kepada media pada Majlis Penyerahan Kunci Rumah Mesra SMJ bagi Mukim Tungku dan Mukim Ulu Tungku bagi tahun 2022 dan 2023 di Dewan Etnik Begak Kampung Sri Darun, Tungku.

Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan terima kasih dan memuji inisiatif Kerajaan Negeri Sabah di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor kerana mewujudkan Program Rumah Mesra SMJ yang bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah. 

“Inisiatif ini amat memberi manfaat terutamanya golongan B40 memiliki rumah kediaman bagi menangani masalah perumahan dan membasmi Kemiskinan di negeri Sabah,” katanya. 

Tambah Momen, 20 buah rumah SMJ masih dalam proses pembinaan dan dijangka siap sepenuhnya awal tahun hadapan.

Related Posts

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

PAGOH – Kecemerlangan pendidikan tidak seharusnya diukur berdasarkan pencapaian akademik semata-mata, sebaliknya perlu diseimbangkan dengan pembangunan insaniah dan pembentukan karakter pelajar. Perkara itu disampaikan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dalam Majlis…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

TAWAU – Kegembiraan sekumpulan remaja yang mandi di Rainforest Waterfall, Taman Perwira, di sini, pada Isnin bertukar tragedi selepas seorang daripada mereka ditemukan lemas sebelum disahkan meninggal dunia. Mangsa berumur…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO

Tular video tangkapan: Suspek disiasat kes halang penjawat awam bertugas

Tular video tangkapan: Suspek disiasat kes halang penjawat awam bertugas