Lima individu cedera, kereta dihempap pokok tumbang

KOTA BELUD – Lima individu cedera selepas kereta dinaiki mereka dihempap pokok tumbang di Jalan Rosok Bengkahak di sini pada pagi Jumaat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Muhammad Syazwan Latun berkata, kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Kelisa menyebabkan semua mangsa yang menaiki kereta tersebut mengalami kecederaan namun identiti mereka belum dikenal pasti.

“Setiba di lokasi, didapati sebatang pokok tumbang menghempap kereta Perodua Kelisa.

“Lima mangsa terbabit dikeluarkan dan dihantar ke hospital oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba,” katanya dalam satu kenyataan. 

Menurutnya, pasukan bomba bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menjalankan operasi memotong pokok tumbang menggunakan peralatan khas gergaji berantai.

Kata beliau selepas memastikan tiada lagi bahaya yang wujud, operasi ditamatkan sepenuhnya pukul 10.11 pagi.

Related Posts

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

SANDAKAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan segera termasuk tambahan dengan keseluruhan sebanyak RM1,500 daripada Kerajaan Persekutuan kepada 300 keluarga terlibat kebakaran di Kampung (Kg) Bahagia, di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

KANGAR – Seramai 15 ahli jawatankuasa (AJK) PKR Cabang Kangar meletakkan jawatan selepas didapati tidak komited dalam menghadiri mesyuarat parti. Ketua PKR Cabang Kangar, Noor Amin Ahmad berkata, tindakan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti