Rumah kedai runcit di flat lama Sim-Sim terbakar

SANDAKAN – Sebuah rumah kedai runcit di flat lama Sim-Sim, di sini terbakar pada Jumaat malam.

Menurut kenyataan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sandakan, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pukul 11.39 malam melalui talian MERS999.

“Seramai 14 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan dengan sebuah jentera pemadam api, ‘water tanker’ dan kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bergegas ke lokasi kejadian yang terletak lima kilometer dari balai itu sejurus selepas menerima laporan.

“Sejurus tiba di lokasi, pasukan bomba segera menjalankan operasi memadam kebakaran menggunakan satu aliran 100 kaki pancutan melalui sumber air dari pili bomba terdekat.

“Operasi terkawal pada pukul 11.55 malam dan sebuah kedai runcit jenis kekal berkeluasan 30×54 terbakar 50 peratus di bahagian hadapan kedai dalam kebakaran tersebut,” katanya di sini pada Sabtu. 

Operasi ditamatkan pada pukul 1.02 pagi selepas keadaan telah dipastikan selamat.

Related Posts

Serbuan polis selamatkan hampir setengah juta individu daripada jerat syabu

KANGAR – Tindakan pantas polis dalam satu operasi di Jalan KTMB, Padang Besar pada Isnin lalu berjaya menggagalkan penyeludupan dadah jenis syabu seberat 98.73 kilogram bernilai RM4.9 juta yang dipercayai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Miliki tiga rekod lampau, lelaki dicekup simpan syabu

SARATOK – Padah memiliki dadah, seorang lelaki tempatan ditahan Pasukan Tindakan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok dalam serbuan di tepi jalan kawasan itu, pada Khamis. Ketua Polis Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Serbuan polis selamatkan hampir setengah juta individu daripada jerat syabu

Serbuan polis selamatkan hampir setengah juta individu daripada jerat syabu

Miliki tiga rekod lampau, lelaki dicekup simpan syabu

Miliki tiga rekod lampau, lelaki dicekup simpan syabu

Lapan unit kedai di Jalan Pahlawan runtuh, tiada mangsa dilaporkan

Lapan unit kedai di Jalan Pahlawan runtuh, tiada mangsa dilaporkan

Bayi lelaki ditinggalkan di pusat perlindungan bayi Kuching, waris diminta tampil

Bayi lelaki ditinggalkan di pusat perlindungan bayi Kuching, waris diminta tampil

Alhamdulillah, saya juga ‘selamat’ dipecat – Wan Ahmad Fayhsal

Alhamdulillah, saya juga ‘selamat’ dipecat – Wan Ahmad Fayhsal

Kastam Malaysia catat RM9.97 bilion kutipan hasil setakat Januari 2026

  • By Ynom
  • February 13, 2026
Kastam Malaysia catat RM9.97 bilion kutipan hasil setakat Januari 2026