Rumah baharu Orang Asli akan dibina ikut cita rasa, budaya mereka – Zahid

KLUANG – Pembinaan rumah baharu untuk penempatan masyarakat Orang Asli akan dibina mengikut cita rasa dan budaya etnik minoriti itu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberikan beliau satu kertas kerja selepas Mesyuarat Jemaah Menteri semalam.

“Perdana Menteri telah memberikan satu kertas kerja kepada saya dan saya telah serahkan kepada Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa).

“Apa yang Perdana Menteri mahukan dan mengarah kepada saya bahawa rumah-rumah Orang Asli mesti didirikan sesuai dengan cita rasa mereka dan mengikut budaya dan latar belakang.

“Perkara ini dipersetujui secara dasar dan satu sesi penerangan akan diberikan kepada semua Tok Batin di seluruh negara,” katanya ketika Program Tautan Kasih bersama masyarakat Orang Asli Jakoa di Kampung Orang Asli Tanah Runtuh pada Khamis.

Beliau turut mengarahkan Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan menerusi Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk melebarkan jalan masuk ke kampung berkenaan.

“JKR kena buat itu nanti. Ini bukan janji pilihan raya, ini perintah. Tok Mat (Ahmad) jaga Orang Asli ini, peruntukan abang bagi. Adik buat (jalan) bagi kereta yang masuk ke sini boleh selisih.

“Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan jabatan-jabatannya amat prihatin kepada Orang Asli dan Insya-Allah apabila Akta Orang Asli 1954 ini siap akta baru, dasar pembangunan Orang Asli ini saya yakin kehidupan mereka akan terus bertambah baik.” katanya.

Related Posts

RGT Kemaman: Antara harapan besar dan realiti yang perlu dinilai secara jujur

CADANGAN pembangunan projek Regasification Terminal (RGT) di Kemaman yang dijangka siap menjelang 2029 dilihat sebagai satu langkah strategik untuk mengangkat Terengganu sebagai hab LNG di Pantai Timur. Dalam naratif pembangunan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
4 RUU diluluskan pada sidang DUN Sabah ke-17

KOTA KINABALU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah meluluskan empat Rang Undang-Undang (RUU) pada mesyuarat pertama penggal kedua DUN Sabah yang ke-17, di sini pada Khamis.  Antara RUU baharu yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RGT Kemaman: Antara harapan besar dan realiti yang perlu dinilai secara jujur

RGT Kemaman: Antara harapan besar dan realiti yang perlu dinilai secara jujur

4 RUU diluluskan pada sidang DUN Sabah ke-17

4 RUU diluluskan pada sidang DUN Sabah ke-17

Pengosongan Balai Luak Undang Sungei Ujong oleh Mubarak ditangguhkan

Pengosongan Balai Luak Undang Sungei Ujong oleh Mubarak ditangguhkan

SICC transformasi jadi platform strategik jaringan perniagaan serantau

SICC transformasi jadi platform strategik jaringan perniagaan serantau

Hari Sukan SK FELDA Jengka 24 platform jalin hubungan antara komuniti

Hari Sukan SK FELDA Jengka 24 platform jalin hubungan antara komuniti

133 jemaah haji Sarawak berangkat ke Tanah Suci diiringi doa TYT Sarawak

133 jemaah haji Sarawak berangkat ke Tanah Suci diiringi doa TYT Sarawak