Masyarakat Orang Asli beri sokongan 100 peratus kepada calon BN

KLUANG – Masyakat Orang Asli opitimis akan memberi sokongan 100 peratus terhadap calon Barisan Nasional (BN) Syed Hussien Syed Abdullah pada Pilihan Raya Negeri (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Sabtu ini.

Tok Batin, Mohd Noorsham Abdullah berkata, sudah tentu sokongan akan diberikan kepada calon BN.

Katanya, BN merupakan sebuah parti yang komited dalam memperjuangkan hak dan keistimewaan komuniti itu dan berharap sokongan berkenaan terus diberikan.

“Sokongan Orang Asli 100 peratus.. dan sudah pastinya kesemua 74 pengundi Orang Asli memberi sokongan kepasa calon BN.

“Sebab kita tidak memilih parti lain.. cuma kita pegang satu sahaja iaitu Barisan Nasional apatah lagi sekarang bersama kerajaan Perpaduan yang mana bekerjasama untuk membantu masyarakat Orang Asli,” katanya ketika ditemui The Malaysia Press, pada Program Tautan Kasih bersama Masyarakat Orang Asli (Jakoa) di Kampung Orang Asli Tanah Runtuh, di sini, hari ini.

Sementara itu katanya. masyarakat Orang Asli turut menyambut baik dengan pengumuman yang telah dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi termasuk kemudahan pendidikan.

“Saya berharap masyarakat kita (Orang Asli) perlu merebut dan mengambil peluang yang disediakan oleh kerajaan,” katanya.

Related Posts

Inkues Zara Qairina: 15 telefon, kad SIM jadi bukti penting

KOTA KINABALU – Mahkamah Koroner hari ini diberitahu bahawa sebanyak 15 unit telefon pelbagai jenama bersama kad SIM diterima dalam satu plastik lut sinar pada dua tarikh berasingan, iaitu 8…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia-Australia erat kerjasama tenaga, Petronas jadi fokus rundingan

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese akan mengadakan perbincangan dengan Petronas bagi mempertingkat kerjasama sektor tenaga antara Malaysia dan Australia, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Inkues Zara Qairina: 15 telefon, kad SIM jadi bukti penting

Inkues Zara Qairina: 15 telefon, kad SIM jadi bukti penting

Malaysia-Australia erat kerjasama tenaga, Petronas jadi fokus rundingan

Malaysia-Australia erat kerjasama tenaga, Petronas jadi fokus rundingan

Malaysia-Australia sepakat tingkatkan bekalan tenaga, perdagangan terbuka

Malaysia-Australia sepakat tingkatkan bekalan tenaga, perdagangan terbuka

Sabah ambil alih 83 projek bekalan air luar bandar – Zahid

Sabah ambil alih 83 projek bekalan air luar bandar – Zahid

Insentif tambahan bukti komitmen Kerajaaan MADANI tidak lupa kebajikan rakyat ketika berdepan krisis

Insentif tambahan bukti komitmen Kerajaaan MADANI tidak lupa kebajikan rakyat ketika berdepan krisis

Anwar hargai pendirian Australia desak tamat konflik Gaza

Anwar hargai pendirian Australia desak tamat konflik Gaza