RTM bayar perkhidmatan selepas 7 hingga 14 hari dokumen lengkap diterima

KUALA LUMPUR – Radio Televisyen Malaysia (RTM) atau Jabatan Penyiaran Malaysia menjelaskan proses pembayaran perkhidmatan bagi semua ‘piecemeal’ di RTM kini menggunakan sepenuhnya kaedah Tatacara Perolehan WP10.9.

Ini bermakna bayaran bagi perkhidmatan akan diterima dalam tempoh 7 hingga 14 hari bekerja selepas dokumen lengkap diterima.

Bahagian Perhubungan Awam Jabatan Penyiaran Malaysia dalam kenyataan pada Khamis berkata, isu kelewatan bayaran perkhidmatan tenaga kreatif (piecemeal) RTM yang tular ketika ini adalah isu terpencil.

“Aduan tersebut dibuat seorang ‘piecemeal’ yang baru mula bertugas dengan RTM bulan lepas (Oktober 2024).

“Proses pembayaran perkhidmatan bagi semua ‘piecemeal’ di RTM kini menggunakan sepenuhnya kaedah Tatacara Perolehan WP10.9 iaitu bayaran bagi perkhidmatan akan diterima dalam tempoh 7 hingga 14 hari bekerja selepas dokumen lengkap diterima.

“‘Piecemeal’ berkenaan sebelum ini telah menghantar dokumen tuntutan yang tidak lengkap dan diminta untuk melengkapkan semula dokumen sebelum boleh diproses,” kata kenyataan itu.

Mengulas lanjut, pihak RTM sentiasa memastikan pembayaran perkhidmatan kepada ‘piecemeal’ dibuat secara teratur dan mematuhi tatacara kewangan yang berkuat kuasa.

Kenyataan ini menyusul selepas seorang wanita mendedahkan tunggakan gaji yang dihadapinya ketika bekerja dengan badan penyiaran milik kerajaan, RTM.

Menerusi platform LinkedIn, wanita yang dikenali sebagai Noor Ainun Jariah Noor Harun mendakwa telah dua bulan bekerja sebagai editor Bahasa Inggeris di RTM dan masih belum menerima gajinya.

Menurutnya lagi, pihak atasan berikan pelbagai alasan apabila dia mempersoalkan isu tersebut, termasuklah ‘admin’ bercuti, ‘admin’ sakit, dan ‘admin’ baharu.

Related Posts

PM ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN di Cebu

CEBU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-48 serta mesyuarat berkaitan yang berlangsung di sini bermula esok hingga 8 Mei ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MCMC kesan 600 hantaran palsu krisis tenaga global, lima kes ke mahkamah

PUTRAJAYA – Lebih 600 hantaran di media sosial yang mengandungi maklumat palsu berkaitan krisis tenaga global dikesan sejak 29 Mac lalu hingga kini. Jurucakap Kerajaan MADANI merangkap Menteri Komunikasi, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan

Penduduk Sungai Apin nikmati fasiliti sukan lebih selesa

Penduduk Sungai Apin nikmati fasiliti sukan lebih selesa

Anggota PDRM Sabah diseru perkukuh pengurusan kewangan, kesihatan mental

Anggota PDRM Sabah diseru perkukuh pengurusan kewangan, kesihatan mental

Penyelarasan antara agensi pastikan Pan Borneo Sabah siap ikut jadual – Hajiji

Penyelarasan antara agensi pastikan Pan Borneo Sabah siap ikut jadual – Hajiji

Kegiatan jual petrol bersubsidi kepada warga asing terbongkar

Kegiatan jual petrol bersubsidi kepada warga asing terbongkar