Didakwa rosakkan imej parti, lantang kritik rangkaian kedua 5G, Hassan Karim berdepan tindakan disiplin

KUALA LUMPUR – Hassan Abdul Karim berdepan tindakan disiplin daripada jawatankuasa tatatertib PKR.

Ahli Parlimen Pasir Gudang itu diheret ke jawatankuasa tatatertib partinya susulan kritikan lantang beliau terhadap keputusan kerajaan mutakhir ini.

Media melaporkan wakil rakyat PKR itu berdepan siasatan gara-gara aktif mengkritik keputusan kerajaan dalam pelantikan syarikat U Mobile sebagai pengendali rangkaian 5G kedua.

Memetik Malaysiakini, Hassan akan disiasat berhubung dakwaan menghina Yang di-Pertuan Agong yang memiliki saham kedua terbesar dalam U Mobile di samping mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, PKR beranggapan Hassan merosakkan imej parti apabila membuat kenyataan kritikal secara terbuka itu.

Hassan juga mengesahkan perkara itu namun enggan mengulas lanjut.

“Memang benar,” katanya dalam mesej teks ringkas.

“Lebih baik dapatkan butiran daripada lembaga disiplin.

“Siasatan akan bermula tidak lama lagi. Saya sekarang di ibu pejabat PKR di PJ,” ujar Hassan.

Awal bulan ini, Hassan menerusi satu kenyataan di media sosial mengulas Rangkaian kedua 5G dan munculnya lagi kapitalis kroni mendakwa pentadbiran kerajaan hari ini juga mulai terjebak dengan kesilapan membina kapitalis kroni.

“Kapitalis kroni di zaman PM Anwar Ibrahim agak luar biasa. Golongan ini tidak ramai tetapi amat menonjol.

“Golongan ini agak kebal dan tidak mudah disentuh kerana dilindungi oleh momokan undang-undang yang bernama 3R,” katanya.

Related Posts

Pas lebih galak sentuh isu Albert, senyap bab video Azmin

PEMERHATI politik, Raggie Jessy Rithaudeen, mempersoalkan tindakan Pas yang didakwanya lantang mengulas video membabitkan ahli perniagaan, Albert Tei, namun memilih untuk berdiam diri berhubung isu video lama yang pernah dikaitkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kabinet kerajaan baharu Sabah dibentuk, 10 jemaah menteri angkat sumpah

KOTA KINABALU – Sabah kini mempunyai barisan Kabinet baharu yang terdiri daripada 10 jemaah menteri yang mengangkat sumpah depan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman di Istana Kinabalu di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

Dewan Rakyat pasti merindui gelagat Bung – Amirudin

Dewan Rakyat pasti merindui gelagat Bung – Amirudin

Bung Moktar pemimpin lantang, jasanya kekal diingati – Fahmi

Bung Moktar pemimpin lantang, jasanya kekal diingati – Fahmi

Bung Moktar akan dikebumikan di Kampung Likas

  • By Ynom
  • December 5, 2025
Bung Moktar akan dikebumikan di Kampung Likas

397 PATI selesai jalani hukuman dipindah ke Indonesia

  • By Fatin
  • December 5, 2025
397 PATI selesai jalani hukuman dipindah ke Indonesia

Bung Moktar individu hebat, sahabat yang setia – Wan Rosdy

Bung Moktar individu hebat, sahabat yang setia – Wan Rosdy