SEPANYOL mengesahkan pemain tengah Manchester City, Rodri Hernandez tidak akan menyertai pasukan bagi kelayakan Piala Dunia selepas mengalami kecederaan hamstring.
Rodri ‘tidak menyertai skuad kerana kecederaan’ kata pasukan kebangsaan Sepanyol menerusi satu kenyataan menjelang pertemuan dengan Georgia dan Bulgaria, masing-masing pada 11 Oktober dan 14 Oktober.
Pemain berusia 29 tahun itu dikeluarkan pada minit ke-21 ketika aksi Liga Perdana Inggeris menentang Brentford pada Ahad apabila mengesahkan dia tidak berasa selesa di bahagian hamstring.
Rodri ialah sebahagian pasukan Sepanyol yang menang Euro 2024, tetapi dia mengalami kecederaan lutut yang serius pada September tahun sama dan terlepas banyak perlawanan pada musim lalu ketika menjalani pemulihan.
Sepanyol tidak menyatakan sama ada mereka akan memanggil pemain lain bagi menggantikan pemenang Ballon d’Or 2024 itu.
Pada Ahad lalu, jurulatih Luis de la Fuente memanggil penyerang Celta Vigo, Borja Iglesias bagi menggantikan bintang Barcelona yang cedera, Lamine Yamal.







