RMK13: Sabah disasar pacu pertumbuhan ekonomi lebih pesat

TAWAU – Pertumbuhan ekonomi Sabah di sasar sekitar 5.8 peratus setahun melalui Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) sekali gus menunjukkan negeri ini berpotensi melonjak sebagai pemacu utama ekonomi Malaysia selaras dengan visi Sabah Maju Jaya dalam kerangka Ekonomi MADANI.

Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib berkata, sasaran itu dapat dilakukan dengan memanfaatkan kekuatan yang ada dalam sektor agrokomoditi, pertanian, perikanan dan ekopelancongan yang unik.

Katanya, pertumbuhan ekonomi Sabah dalam tempoh RMK12 adalah sekitar dua peratus setahun berbanding paras nasional 5.2 peratus.

“Di bawah RMK13, tumpuan akan diberikan kepada penciptaan nilai seperti penghasilan produk hiliran, inovasi teknologi, ekonomi hijau, biru dan digital.

“Justeru, fokus khusus boleh diberikan kepada empat kawasan iaitu menjadikan Tawau sebagai hab perdagangan dan perkhidmatan Pantai Timur dan memperkukuh ‘Palm Oil Industrial Cluster’ sebagai hab agrokomoditi dan logistik serantau di Lahad Datu.

“Seterusnya memperkasa pelancongan marin dan konservasi terumbu karang di Semporna serta mengangkat Kalabakan sebagai pusat logistik dan perdagangan sempadan ke Nusantara, Indonesia terutama bagi produk tanaman makanan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada perasmian Jelajah Jalinan Borneo Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) 2026-2030 di Dataran Majlis Perbandaran Tawau (MPT), di sini, pada Jumaat.

Sementara itu, Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy berpendapat program ini amat bernilai kerana ia bersifat inklusif, merangkul semua pandangan, pendapat dan cadangan tanpa mengetepikan mana-mana pihak.

“Daripada pertemuan hari ini, rata-rata berpendapat bahawa daerah Tawau memerlukan lebih banyak penekanan untuk membangunkan sektor industri, khususnya industri berasaskan agro (agro-based industry) dan juga ekonomi biru (blue economy).

“Harapan kita agar RMK13 benar-benar mampu mengangkat suara rakyat Pantai Timur, kerana jurang pembangunan bukan sahaja wujud antara Sabah dan Semenanjung, malah juga di dalam Sabah sendiri antara Pantai Barat dan Pantai Timur, terutamanya dari segi infrastruktur.

“Mudah-mudahan, jelajah ini dapat dioptimumkan hasilnya dan berharap ia dapat meningkatkan peluang pekerjaan, penyediaan ekonomi, pembangunan infrastruktur dan lain-lain,” ujarnya.

Related Posts

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

KUALA LUMPUR – UMNO perlu memperkukuh peranan dan hala tujunya bagi tempoh dua dekad akan datang dengan memberi tumpuan kepada pembangunan holistik merangkumi aspek agama, politik, ilmu serta jati diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil Datuk Seri Rafizi Ramli bagi membantu siasatan berhubung projek pelaburan bernilai RM1.1 bilion yang dikaitkan dengan kerjasama industri semikonduktor antara Kementerian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat