RM5 bilion dirampas bukti kesungguhan Kerajaan MADANI perangi rasuah – Anwar

IPOH – Kejayaan kerajaan merampas kira-kira RM5 bilion hasil kegiatan rasuah dalam tempoh satu hingga dua tahun lalu membuktikan kesungguhan dan kecekapan pentadbiran Kerajaan MADANI dalam membanteras gejala itu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, pencapaian itu menepis sindiran pihak tertentu yang meragui usaha serius kerajaan dalam memperkukuh tadbir urus dan memerangi rasuah secara menyeluruh.

“Ada yang menyindir dan bersikap sinis terhadap gerakan keras antirasuah. Saya ingin tegaskan, dalam tempoh satu hingga dua tahun ini sahaja, kita berjaya mengutip RM4 bilion hingga RM5 bilion hasil rampasan daripada pelbagai pihak, sama ada ahli politik, jabatan, kementerian, imigresen mahupun kastam,” katanya.

Anwar berucap ketika merasmikan Majlis Pecah Tanah Pembangunan Ipoh Sentral di sini, pada Sabtu.

Turut hadir Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, serta Pengerusi MRCB Land, Tan Sri Mohd Annuar Zaini.

Perdana Menteri menegaskan, setiap projek pembangunan perlu berteraskan tatakelola yang baik bagi memastikan pelaksanaannya berjalan cekap dan berimpak tinggi.

“Tatakelola ini merangkumi semua bidang, termasuk latihan, kecanggihan teknologi dan penguasaan kecerdasan buatan (AI).

“Saya berharap Ipoh Sentral dapat dijadikan model pembangunan yang memenuhi standard tersebut,” jelasnya.

Sehubungan itu, Anwar meminta semua pihak berkaitan termasuk kerajaan negeri, Majlis Bandaraya Ipoh dan kementerian terlibat mengkaji semula aspek tatakelola projek berkenaan.

“Walaupun sudah dirangka, jika boleh diperbaiki, Ipoh Sentral harus menjadi contoh pembangunan menyeluruh yang terbaik di negara ini,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Anthony berkata, projek Ipoh Sentral dengan nilai pembangunan kasar RM6.2 bilion akan menjadi hab pengangkutan moden yang menghubungkan pelbagai mod perjalanan.

Selain itu, projek tersebut turut menyediakan kemudahan perniagaan, komersial dan perumahan yang dijangka meningkatkan imej bandar raya Ipoh.

Pada 23 Januari lalu, Ipoh Sentral Sdn. Bhd. (ISSB) dan Country Annexe Sdn. Bhd. (CASB) menandatangani memorandum perjanjian bagi membangunkan projek berkonsepkan Transit-Oriented Development (TOD) itu.

ISSB merupakan syarikat gabungan anak syarikat Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI) dan RAC, manakala CASB ialah anak syarikat milik Malaysia Resources Corporation Berhad (MRCB).

Related Posts

Jangan jadikan Albert Tei hero integriti, pemberi rasuah bukan ‘whistleblower’

PUTRAJAYA – Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) mengecam tindakan pihak yang cuba membentuk persepsi seolah-olah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak secara salah dalam siasatan melibatkan saksi kes rasuah, Albert Tei…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penjawat awam Pahang dapat bonus 2 bulan

KUANTAN – Penjawat awam Pahang akan menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji melibatkan peruntukan keseluruhan RM48 juta yang akan dikreditkan dua kali pada tahun hadapan. Berita baik…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan jadikan Albert Tei hero integriti, pemberi rasuah bukan ‘whistleblower’

Jangan jadikan Albert Tei hero integriti, pemberi rasuah bukan ‘whistleblower’

Penjawat awam Pahang dapat bonus 2 bulan

Penjawat awam Pahang dapat bonus 2 bulan

Pemergian Bung beri kesan besar buat UMNO, BN dan rakyat Sabah – Zahid Hamidi

Pemergian Bung beri kesan besar buat UMNO, BN dan rakyat Sabah – Zahid Hamidi

Bung agresif di Parlimen, di rumah teramat lembut – Shaheizy Sam

Bung agresif di Parlimen, di rumah teramat lembut – Shaheizy Sam

PM sifatkan Bung lantang perjuang hak rakyat

PM sifatkan Bung lantang perjuang hak rakyat

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah