RM21.1 juta elaun sara hidup disalur kepada nelayan Sabah tahun ini – Mohamad Sabu

SANDAKAN – Sebanyak RM21.1 juta elaun sara hidup disalurkan kepada 7,502 nelayan di Sabah tahun ini dalam menjaga kebajikan mereka, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

Beliau berkata, RM450,000 pula disalurkan kepada 30 nelayan di negeri ini bagi meningkatkan kapasiti nelayan B40 untuk membantu golongan itu meningkatkan taraf hidup serta kemahiran mereka.

Antara bantuan lain yang turut disalurkan khusus kepada kelompok nelayan Sabah ialah Projek Khas Perumahan Nelayan, Skim Perlindungan Keselamatan Nelayan, serta Tabung Bantuan Bencana Alam dan Kebajikan Nelayan.

“Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) sentiasa memastikan kebajikan nelayan di negara ini terbela,” kata Mohamad ketika berucap menyempurnakan program ramah mesra Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan bersama nelayan Sandakan di sini pada Isnin.

Beliau berkata, kerajaan juga meluluskan peruntukan RM1 juta projek khas perumahan nelayan membabitkan 60 rumah nelayan di Sabah yang bertujuan memberi kesejahteraan hidup untuk golongan itu.

Mohamad berkata, tahun ini kerajaan masih meneruskan skim subsidi diesel serta petrol nelayan dengan kuota bersubsidi diluluskan berjumlah 70 juta liter sebulan, dan kadar harga subsidi ditetapkan adalah RM1.65 seliter bagi kedua-dua jenis minyak itu, dan di Sabah 6,782 nelayan menikmati subsidi berkenaan.

“Kesemua insentif yang disalurkan itu membuktikan komitmen kerajaan membantu meringankan beban nelayan selain berusaha meningkatkan lagi taraf ekonomi nelayan di negara ini,” katanya.

Related Posts

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

KUALA LUMPUR – Bank Dunia mendedahkan tindakan kerajaan mengurangkan kuota penggunaan petrol bersubsidi di bawah BUDI95 daripada 300 liter kepada 200 liter sebulan adalah tepat dalam usaha mengurangkan beban fiskal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

SEBANYAK kira-kira 70 peratus produk syarikat kopi dan biskut yang terpalit kontoversi berus bulu babi berjaya dikeluarkan dari pasaran di seluruh negara setakat Isnin lalu. Perkembangan itu disahkan Bahagian Pengurusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis