Cadang tubuh Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Syariah

PUTRAJAYA – Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan mencadangkan penubuhan sebuah Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Syariah dan Akta Saraan Hakim Syarie. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan Jabatan Peguam Negara, Jabatan Perkhidmatan Awam serta lain-lain agensi berkaitan berhubung perkara itu.

“Berkaitan Akta Saraan Hakim Syarie yang dipertegaskan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, memang telah tiba waktunya penggubalan akta ini dibuat.

“Adalah menjadi keperluan agar jawatan Hakim Syarie diasingkan daripada perkhidmatan awam bagi menaik taraf jawatan ini untuk memberikan gambaran sebenar kepada Perkara 121 (1A) yang telah meletakkan mahkamah syariah sebagai mahkamah yang setaraf dengan mahkamah sivil selain memastikan kebebasan badan kehakiman,” katanya dalam kenyataan semalam. 

Anwar ketika merasmikan Konvensyen Memartabatkan Perundangan dan Kehakiman Syariah Malaysia semalam memberi komitmen bahawa kerajaan akan menyegerakan cadangan pelaksanaan Akta Saraan Hakim Syarie bagi memartabatkan status Hakim Mahkamah Syariah di negara ini. 

Dalam pada itu Mohd Na’im berkata, pihaknya akan memperbanyakkan penganjuran program kesedaran berkaitan undang-undang syariah kepada masyarakat beragama Islam dan bukan Islam. 

“Ini amat penting untuk membina kefahaman serta menyerlahkan keadilan dan keindahan sistem kehakiman Islam,” katanya. 

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada agensi yang terlibat menjayakan konvensyen itu antaranya Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan dan Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan. 

Penganjuran konvensyen yang julung kali diadakan itu katanya diharap dapat membuka ruang kepada pelbagai pihak untuk memberikan pandangan dan cadangan ke arah memartabatkan sistem perundangan dan kehakiman syariah di negara ini secara komprehensif.

Related Posts

Dasar pendidikan perlu konsisten, bukan bahan uji kaji – TPM

KUCHING – Sistem pendidikan negara tidak seharusnya menjadi mangsa kepada perubahan dasar setiap kali berlaku pertukaran kepemimpinan di Kementerian Pendidikan. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
TVET, pendidikan digital jadi keutamaan – TPM

KUCHING – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyambut baik inisiatif yang diumumkan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek termasuk penghantaran 32 guru ke United Kingdom bagi menjalani latihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dasar pendidikan perlu konsisten, bukan bahan uji kaji – TPM

Dasar pendidikan perlu konsisten, bukan bahan uji kaji – TPM

Enam ‘scammers’ termasuk dua remaja mengaku lakukan penipuan

Enam ‘scammers’ termasuk dua remaja mengaku lakukan penipuan

Tun Ramli mahu i-Sejahtera diteruskan bagi ringankan beban rakyat

Tun Ramli mahu i-Sejahtera diteruskan bagi ringankan beban rakyat

Kawal harga rawatan, jangan abaikan nilai khidmat doktor – YPKM Sabah

Kawal harga rawatan, jangan abaikan nilai khidmat doktor – YPKM Sabah

TVET, pendidikan digital jadi keutamaan – TPM

TVET, pendidikan digital jadi keutamaan – TPM

Inflasi keseluruhan catat penurunan

Inflasi keseluruhan catat penurunan