RM14.3 bilion atau RM4.3 bilion? – Ilusi kejayaan di atas kertas

SATU lagi episod angka besar dimainkan untuk mengaburi mata rakyat Terengganu. Kali ini, media rasmi negeri mendakwa pelaburan negeri ‘menembus RM14.3 bilion’, kononnya lima kejayaan besar menjadi bukti bahawa Terengganu kini ‘on-track’.

Namun di sebalik tajuk gah itu, persoalannya mudah: benarkah angka ini wujud di dunia nyata, atau sekadar di atas kertas propaganda?

  1. Realiti di laman rasmi: Hanya RM4.3 bilion

Laporan rasmi portal ekonomi dan berita nasional menunjukkan angka sebenar pelaburan komited setakat September 2025 hanyalah RM4.3 bilion, bukannya RM14.3 bilion.

Jika benar RM14.3 bilion, mana butiran projeknya? Di mana lokasi, syarikat pelabur, sektor sasaran, dan berapa peluang pekerjaan dicipta?

Rakyat berhak bertanya mengapa kerajaan negeri terus bermain angka tanpa data sahih? Angka ‘tembus RM14.3 bilion’ jelas terlalu jauh menyimpang daripada laporan rasmi MITI dan MIDA.

  1. ‘Kejayaan besar’ yang tidak terperinci

Kenyataan itu juga mendakwa wujud ‘lima kejayaan besar’, namun langsung tiada penjelasan apakah kejayaan tersebut. Jika benar berjaya, mengapa tidak disenaraikan satu persatu?

Adakah ia sekadar projek diumum tetapi belum bermula, atau pelaburan yang masih di atas kertas menunggu kelulusan tanah, tenaga, dan air?

Rakyat sudah muak dengan ‘kejayaan Powerpoint’ dipaparkan indah di skrin, tapi realitinya rakyat di Kemaman, Dungun, Hulu Terengganu terus berdepan harga barangan naik, air paip tidak stabil dan peluang kerja yang makin sempit.

  1. Kesenjangan antara statistik dan rakyat

Jika benar pelaburan berbilion-bilion masuk, mengapa kadar pengangguran belia di Terengganu masih antara tertinggi di Pantai Timur?

Mengapa belia terpaksa berhijrah ke Selangor dan Johor untuk mencari rezeki?

Pelaburan sebenar bukan sekadar angka, tapi hasil yang boleh dirasa oleh rakyat pekerjaan, pendapatan, dan kesejahteraan.

Selagi rakyat tidak merasainya, angka RM14.3 bilion hanyalah propaganda politik, bukan kemajuan ekonomi.

  1. Realiti: Negeri masih bergantung kepada kerajaan pusat

Ironinya, hampir semua projek mega negeri termasuk ECRL, Lembangan Sungai Kemaman, dan pembangunan pesisir pantai adalah inisiatif bersama atau sepenuhnya dibiayai Kerajaan Persekutuan.
Kerajaan negeri cuma menumpang kredit.

Maka pelik bila kerajaan negeri mendabik dada kononnya merekod pelaburan RM14.3 bilion sedangkan hakikatnya sebahagian besar datang daripada inisiatif Persekutuan.

Ini bukan kejayaan pentadbiran negeri, ini hasil kerjasama Malaysia MADANI yang tidak pernah menafikan hak negeri pembangkang.

  1. ‘On-track’ menuju ke mana?

Frasa ‘on-track’ kedengaran hebat, tetapi ‘on-track’ ke arah apa? Jika hala tuju pembangunan negeri masih kabur, industri baru tidak muncul, air naik tarif, premium tanah naik, dan peluang kerja stagnan maka ‘on-track’ itu hanyalah jalan propaganda yang menipu diri sendiri.

Rakyat sudah celik fakta

Rakyat Terengganu kini semakin bijak. Mereka tahu membezakan antara pelaburan komited dan pelaburan sebenar.

Mereka juga tahu bila kerajaan cuba menutup kelemahan dengan angka besar tanpa isi.

Cukuplah dengan permainan angka dan poster berkilau. Negeri yang benar-benar ‘on-track’ tidak perlu bersembunyi di sebalik statistik palsu ia dibuktikan melalui kesejahteraan rakyat, bukan grafik propaganda.

Related Posts

Mulut lebih laju daripada kerja, inilah kepimpinan Pas Kedah

SIDANG Dun Kedah baru sahaja melabuh tirai, namun yang tinggal bukanlah dasar baharu yang membanggakan, bukan pelan pembangunan yang menggerakkan negeri tetapi sebaliknya lahir seorang lagi ‘tokoh baharu’ dari Kuala…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM1.32 bilion royalti tak masuk akaun kerajaan negeri? Atau kerajaan negeri cuba tipu rakyat?

APABILA Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) menjerit kononnya ‘RM1.32 bilion royalti petroleum tak masuk akaun kerajaan negeri’, yang lebih kelakar bukan angka itu tetapi cara mereka cuba menipu rakyat menggunakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Awak tahu kita tak rayu,’ PMX sindir bekas menteri 

‘Awak tahu kita tak rayu,’ PMX sindir bekas menteri 

Pelan Tindakan Khas Paya Besar di landasan betul

Pelan Tindakan Khas Paya Besar di landasan betul

596 calon dari 23 parti sah bidik 73 DUN demi mandat rakyat

  • By Fatin
  • November 15, 2025
596 calon dari 23 parti sah bidik 73 DUN demi mandat rakyat

Caj guna Jalan Genting diharap tidak beban rakyat Pahang

Caj guna Jalan Genting diharap tidak beban rakyat Pahang

BN-PH capai persefahaman hadapi pertembungan kerusi di PRN17 Sabah – Zahid

BN-PH capai persefahaman hadapi pertembungan kerusi di PRN17 Sabah – Zahid

Keprihatinan PMX terpancar, pesakit uzur terharu terima bantuan

Keprihatinan PMX terpancar, pesakit uzur terharu terima bantuan