Bonus selepas kantoi: Kerajaan Pas Terengganu ubah nada bila rakyat mengamuk

DALAM tempoh tiga hari, Kerajaan Negeri Terengganu telah menunjukkan satu drama politik paling memalukan tahun 2025: daripada ‘tiada bonus untuk penjawat awam’ kepada tiba-tiba ‘bonus RM500 diberi kepada semua’.

Perubahan mengejut ini bukan tanda keprihatinan tetapi tanda kerajaan panik selepas kantoi meluluskan RM16 juta untuk pinjaman kereta mewah ADUN.

10 November 2025 Buletin TV3 melaporkan dengan jelas:

“Tiada bonus untuk penjawat awam.”

Belanjawan dibentang dengan alasan klasik: duit tak cukup.

Tetapi rakyat pantas sedar ada sesuatu yang busuk. Belanjawan tahun sama menunjukkan hasil negeri RM1.998 bilion, termasuk RM1.7 bilion disumbangkan Kerajaan Persekutuan. Negeri tidak miskin cuma prioriti pemimpin yang miskin integriti.

RM16 juta untuk YB, rakyat dapat alasan

Beberapa hari sebelum itu, kerajaan negeri melalui pindaan enakmen telah meluluskan pinjaman kereta bernilai RM16 juta untuk 32 ADUN.

Setiap YB boleh ambil sehingga RM200,000 untuk membeli kereta baharu—Tesla, CX-5 Turbo, Sealion 7, apa saja yang sedap dipandu.

Selama ini mereka berteriak ‘pitih takdok’, tetapi untuk keselesaan sendiri, duit negeri tiba-tiba ’dok sekak pulok’.

Rakyat pun faham makna sebenar:
bila untuk rakyat – tiada duit;
bila untuk YB – duit melimpah.

13 November 2025: TIBA-TIBA ADA BONUS RM500

Selepas kecaman meledak di media sosial, selepas rakyat meluat dengan kedekutnya kerajaan negeri, selepas pendedahan RM16 juta menjadi isu nasional barulah muncul berita dari Sinar Harian:

“Penjawat awam Terengganu terima bonus RM500.”

Bonus ini bukan perancangan.
Bonus ini bukan penghargaan.
Bonus ini adalah panadol politik.
Diberi bukan kerana kerajaan sayang rakyat tetapi kerana kerajaan takut imej makin hancur.

Bagaimana sebuah kerajaan boleh berubah keputusan dalam 72 jam?

Ringkas: kerana mereka kantoi.

Jika rakyat tidak bersuara, sangat jelas
penjawat awam tidak akan dapat satu sen pun.
pinjaman kereta YB tetap berjalan seperti biasa.
kerajaan negeri akan terus selesa menunggang naratif ‘tiada duit’.

Ini bukan pentadbiran.
Ini kerajaan yang hanya bergerak apabila disepak oleh kemarahan rakyat.

Prioriti yang songsang, rakyat makin melihat

Hari ini rakyat lihat dengan mata sendiri:

RM16 juta untuk ADUN lulus cepat.

RM500 untuk penjawat awam hanya selepas kantoi.

Duit Persekutuan RM1.7 bilion – tetap kata ‘tak cukup’

Belanjawan tiada bonus tetapi propaganda berubah selepas diserang.

Kerajaan negeri bukan gagal memahami ekonomi, mereka gagal memahami amanah.

Bonus 500 bukan hadiah ia adalah pengakuan bersalah.

Apa yang berlaku hanyalah satu:
Kerajaan Pas Terengganu telah kantoi.
Rakyat sudah celik. Penjawat awam sudah nampak.
Kerajaan negeri hanya akan berubah apabila dipaksa, bukan kerana mereka peduli.

Dan episod ini membuktikan satu perkara:
Apabila kemarahan rakyat menjadi api, tiba-tiba kerajaan Pas pandai cari duit.

Related Posts

Selat Melaka bukan milik retorik: Realiti undang-undang vs politik populis

DESAKAN agar Selat Melaka ‘bebas sepenuhnya daripada pengaruh kuasa luar’ mungkin kedengaran patriotik, malah mudah meraih sokongan emosi. Namun hakikatnya, naratif sebegini berisiko mengelirukan rakyat jika tidak berpijak pada fakta…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sifarkan miskin tegar: Kerajaan Pas Kedah kini bercanggah dengan fitrah

KENYATAAN terbaharu seorang Adun Pas tentang usaha kerajaan negeri dalam mencapai kadar sifar miskin tegar di Kedah menjadi bahan sindiran. Ia susulan pendirian berbeza oleh wakil rakyat parti itu sebelum…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tindakan isytihar turunkan Tuanku Muhriz tidak sah, tidak diiktiraf

Tindakan isytihar turunkan Tuanku Muhriz tidak sah, tidak diiktiraf

Langkah strategik kerajaan Pahang bantu usahawan

Langkah strategik kerajaan Pahang bantu usahawan

Program JHEKS rapatkan masyarakat, agensi kerajaan

Program JHEKS rapatkan masyarakat, agensi kerajaan

Bayern juara Bundesliga, kini sasar Liga Juara-Juara UEFA

Bayern juara Bundesliga, kini sasar Liga Juara-Juara UEFA

Kerajaan Persekutuan, Sabah komited bantu mangsa kebakaran Kg Bahagia

Kerajaan Persekutuan, Sabah komited bantu mangsa kebakaran Kg Bahagia

Kerajaan Sabah gerak semua agensi bantu mangsa kebakaran Kg Bahagia

Kerajaan Sabah gerak semua agensi bantu mangsa kebakaran Kg Bahagia