BN-PH capai persefahaman hadapi pertembungan kerusi di PRN17 Sabah – Zahid

KOTA KINABALU – Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) mencapai persetujuan bersama berhubung beberapa pertembungan kerusi pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, kata Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, pertindihan kerusi di beberapa kawasan tidak dapat dielakkan sepenuhnya, namun kedua-dua gabungan telah sepakat supaya jentera parti bergerak secara berasingan tanpa menjejaskan hubungan dalam Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan.

“Oleh kerana itu, kerusi-kerusi yang bertindih itu tidak dapat dielakkan lagi.

“Maka persahabatan yang kami telah lakukan ialah supaya jentera di tempat-tempat yang berlakunya pertindihan kerusi bergerak secara berasingan untuk mempromosikan saluran masing-masing, asalkan tidak menyentuh perkara-perkara sensitif kepada parti-parti berkenaan,” katanya menjawab pertanyaan semasa sidang media selepas Sesi Libat Urus YAB Timbalan Perdana Menteri & Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Bersama Media di sini pada Sabtu.

Zahid berkata, persefahaman itu turut mengambil kira realiti politik Sabah yang mempunyai dinamika tersendiri berbanding Semenanjung.

“Understanding ini memang telah kita bincangkan atas political equations yang ada di Sabah ini,” jelasnya.

Mengulas pertembungan di Kemabong dan Karamunting, beliau menegaskan BN tidak melihatnya sebagai isu besar kerana semua pihak sudah bersetuju tentang pendekatan yang dipersetujui di peringkat pusat.

“Di Kemabong calon DAP bertanding, Karamunting calon MCA bertanding dan PKR juga menetapkan calonnya.

“Kami tidak ada sebarang masalah dalam perkara itu.

“Understanding inilah yang saya maksudkan, kami sepakat di peringkat kepimpinan Kerajaan Perpaduan di pusat,” katanya.

Menurut Zahid, persetujuan itu memastikan kerjasama BN–PH sebagai Kerajaan Perpaduan tetap terpelihara walaupun wujud pertembungan taktikal di beberapa kerusi.

Related Posts

Cadangan levi Selat Melaka tidak relevan, cetus risiko ketegangan geopolitik

PUTRAJAYA – Cadangan Indonesia untuk mengenakan levi ke atas kapal yang melalui Selat Melaka disifatkan tidak relevan serta bercanggah dengan prinsip yang termaktub dalam United Nations Convention on the Law…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Krisis global: Malaysia kekal bekalan bahan api tanpa catuan – PM

JOHOR BAHRU – Malaysia terus mengekalkan bekalan bahan api tanpa melaksanakan catuan meskipun beberapa negara berdepan tekanan bekalan akibat krisis global, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nafi dakwaan tular, projek pelabuhan laut dalam Miri 70 peratus siap

Nafi dakwaan tular, projek pelabuhan laut dalam Miri 70 peratus siap

Cadangan levi Selat Melaka tidak relevan, cetus risiko ketegangan geopolitik

Cadangan levi Selat Melaka tidak relevan, cetus risiko ketegangan geopolitik

Krisis global: Malaysia kekal bekalan bahan api tanpa catuan – PM

Krisis global: Malaysia kekal bekalan bahan api tanpa catuan – PM

Terkesan krisis global, kerajaan pastikan bekalan plastik kekal stabil

Terkesan krisis global, kerajaan pastikan bekalan plastik kekal stabil

Projek RTP berjaya disiapkan ikut jadual, beri manfaat kepada penduduk

Projek RTP berjaya disiapkan ikut jadual, beri manfaat kepada penduduk

Kapal tunda ditahan, lima kru positif dadah

Kapal tunda ditahan, lima kru positif dadah