Ringgit diunjur terus kukuh akhir 2024

KUALA LUMPUR – Prestasi mata wang ringgit diunjur mengukuh pada paras RM4.60 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang akhir tahun ini, kata Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB).

Ketua Ahli Ekonomi Maybank IB, Suhaimi Ilias berkata, unjuran pengukuhan ringgit itu adalah susulan kepada potensi pihak Rizab Persekutuan AS (Fed) menurunkan kadar faedahnya manakala Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus.

Beliau berkata, Fed dijangka melakukan langkah itu seawal September ini dengan kemungkinan tiga penurunan kadar diputuskan pada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan pada September, November dan Disember yang berjumlah 75 mata asas.

“Bersandarkan (unjuran) harga pasaran niaga hadapan tahun depan, terdapat 100 mata asas lagi dalam penurunan kadar itu.

“Pada masa sama, kami juga menjangkakan BNM mengekalkan OPR pada paras semasa dan dinamik kadar faedah kedua-dua bank pusat ini sepatutnya memberi sokongan kepada ringgit.

“Oleh itu, kami menjangkakan ringgit mengakhiri tahun ini pada paras 4.60 berbanding dolar AS,” katanya pada sesi webinar.

Suhaimi berpandangan faktor lain seperti pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang positif, kestabilan politik, dasar jelas, pelaburan diluluskan yang kukuh serta intervensi BNM akan turut membantu menstabilkan ringgit.

Pada 29 Februari 2024, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan memaklumkan Dewan Rakyat usaha penyelarasan antara Kementerian Kewangan dan BNM serta usaha bersama syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLIC), akan membantu meningkatkan aliran masuk ke pasaran pertukaran asing bagi mengukuhkan nilai ringgit.

Sementara itu, Ketua Penyelidikan FX Maybank, Saktiandi Supaat pula menjangkakan dolar AS mengukuh kira-kira satu hingga dua peratus bagi tempoh semasa hingga awal November depan.

“Bagi tempoh pasca pilihan raya (Presiden AS) atau ketika berlangsungnya proses itu, saya percaya kebimbangan mengenai perang perdagangan antara AS dan China akan memberi kesan ketara terhadap kekukuhan dolar.

“Fenomena itu telah kami lihat pada 2018 apabila dolar AS menjadi lebih kukuh berbanding mata wang Asia dan yen Jepun,” katanya.

Related Posts

Suria Capital nafi kaitan dengan Suria Sabah Mall, kawal penuh operasi JPFT

KOTA KINABALU – Suria Capital Holdings Berhad menafikan sebarang kaitan dengan pusat beli-belah Suria Sabah Mall, susulan kekeliruan yang timbul dalam laporan media baru-baru ini berhubung operasi Terminal Feri Jesselton…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MCCC Sabah teroka peluang industri halal, sasar pelaburan strategik BIMP-EAGA

LAHAD DATU – Dewan Perniagaan Malaysia-China (MCCC) Sabah meneroka peluang kerjasama dalam industri halal serta menilai potensi integrasi serantau yang ditawarkan oleh Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA). Presiden MCCC…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imam meninggal dunia ketika solat Jumaat

Imam meninggal dunia ketika solat Jumaat

MINDA TOK ABAH: Politik perubahan vs perubahan politik

MINDA TOK ABAH: Politik perubahan vs perubahan politik

Henti polemik lantikan Ketua Hakim Negara, tiada campur tangan politik – KP JKOM

Henti polemik lantikan Ketua Hakim Negara, tiada campur tangan politik – KP JKOM

MCMC ambil keterangan individu siar kandungan palsu pelantikan Ketua Hakim Negara

MCMC ambil keterangan individu siar kandungan palsu pelantikan Ketua Hakim Negara

Minyak masak peket disita, guna untuk masak dan jual makanan kepada warga asing

Minyak masak peket disita, guna untuk masak dan jual makanan kepada warga asing

Suria Capital nafi kaitan dengan Suria Sabah Mall, kawal penuh operasi JPFT

Suria Capital nafi kaitan dengan Suria Sabah Mall, kawal penuh operasi JPFT