Pembangunan Nenggiri boleh dilaksana Kerajaan Persekutuan

ALOR GAJAH – Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri memerlukan bantuan kerajaan Persekutuan untuk membangunkan lebih banyak prasarana dan projek buat rakyat di kawasan itu.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata di bawah pentadbiran kerajaan Pusat, khususnya UMNO sebelum ini, pelbagai pembangunan dilaksanakan di Nenggiri dan terbaharu ialah laluan Lingkaran Tengah Utama (LTU) yang merentasi pinggir jalan utama Gua Musang dan Kuala Krai.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya berkata, LTU itu adalah hadiah kerajaan Persekutuan kepada rakyat Kelantan selain segala pembangunan dilaksanakan adalah untuk mereka.

“Gua Musang ini kawasan luar bandar… ia amat memerlukan kekuatan kewangan kerajaan Pusat untuk membangunkannya dan kerajaan negeri tidak mampu membangunkannya.

“Mereka tidak ada duit untuk membuat pembangunan di Gua Musang… yang ada hanya kerajaan Pusat dan saya harap pengundi menyedari tentang perkara itu,” katanya selepas merasmikan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Jabatan Kerja Raya (JKR) 2024, di Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) Simpang Ampat, semalam.

Pada 19 Jun, Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengumumkan kerusi DUN Nenggiri kosong selepas Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian oleh Bersatu.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari penamaan calon dan pengundian awal PRK itu pada 3 Ogos dan 13 Ogos, manakala 17 Ogos sebagai hari pengundian.

Related Posts

Tiga Penyelaras DUN lapor polis dakwaan fitnah Pemuda Pas Pahang

KUANTAN – Tiga penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam kawasan Parlimen Paya Besar tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, di sini, hari ini. Mereka adalah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Punca sokong Hamzah, Bersatu Pahang bergolak?

Oleh: Yusoff Din PEMECATAN Abdul Khalib Abdullah sebagai Ketua Bersatu Pahang dilihat membuka lagi episod pergolakan dalaman parti itu di negeri berkenaan, khususnya selepas kemelut melibatkan kem kepimpinan tertinggi parti…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

  • By Ynom
  • April 16, 2026
MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi