Kertas siasatan kes bunuh Farah Kartini dijangka selesai sebelum Jumaat

KERTAS siasatan berhubung kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Nur Farah Kartini Abdullah hampir siap dan dijangka diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPP) sebelum Jumaat ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, usaha pencarian bahan bukti di lokasi kejadian dan beberapa lokasi lain juga telah selesai.

“Pihak polis telah selesai pencarian tempat kejadian dan kertas siasatan dijangka diserahkan kepada TPP sebelum Jumaat ini,” katanya seperti dilaporkan media.

Pada 17 Julai lepas Unit Siasatan Forensik Sub Akuatik Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menemukan sebuah telefon pintar milik Nur Farah Kartini ketika melakukan operasi mencari bahan bukti di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang.

Hasil soal siasat dilakukan pasukan sama selepas itu ke Sungai Trolak Kampung Batu 4, di Slim River, Perak dan berjaya menemukan beg tangan dipercayai milik mangsa.

Operasi pencarian bahan bukti lain di sungai itu bagaimanapun tertangguh beberapa hari berikutan keadaan paras air sungai yang tinggi selain arus deras.

Bagaimanapun pada Isnin lepas, pasukan sama berjaya menjumpai kunci kereta dan dompet dipercayai bukti penting yang boleh membantu dalam kes pembunuhan wanita berusia 25 tahun dari Miri, Sarawak itu.

Nur Farah Kartini, dilaporkan hilang pada 10 Julai lepas sebelum mayatnya ditemukan di sebuah ladang kelapa sawit di Hulu Selangor kira-kira 6 petang pada 15 Julai dan jenazah allahyarham selamat dikebumikan di Pekan Pahang, pada 18 Julai.

Susulan itu, seorang lelaki berusia 26 tahun yang juga anggota polis bertugas di Perak kini direman untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Related Posts

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

SELARAS dengan keadaan semasa geopolitik dunia dan krisis di Asia Barat, Kerajaan MADANI berani mengambil pendekatan perlu dan kritikal iaitu menyelaraskan semula perbelanjaan kerajaan. Penyelarasan ini sebenarnya sederhana, tetapi sengaja…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

KUALA LUMPUR – Rata-rata peniaga dan penjaja di sekitar ibu negara kesal kerana perniagaan mereka terjejas susulan Himpunan 1 Mei yang diadakan, pada Sabtu. Ini kerana, kebiasaannya pada setiap hujung…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy