Gaji kakitangan awam Sarawak setaraf atau lebih baik – Abang Johari

KUCHING – Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kenaikan gaji kakitangan awam Sarawak mungkin lebih baik.

“Setidak-tidaknya setaraf ataupun lebih baik, mengikut kemampuan kita,” kata Abang Johari ketika ditemui media selepas menghadiri acara Taekwando SUKMA 2024 di Stadium Perpaduan pada Jumaat.

Selain itu, Abang Johari berkata, kerajaan Sarawak mengikut model gaji kakitangan awam persekutuan untuk kakitangan awam Sarawak.

“Saya berharap kenaikan gaji ini, mutu perkhidmatan awam turut bertambah baik,” katanya lagi.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kenaikan gaji kakitangan awam kumpulan pelaksana dan profesional sebanyak lapan peratus pada fasa pertama dan tujuh peratus pada fasa kedua.

Manakala, Kumpulan Pengurusan Tertinggi (KPT) adalah empat peratus pada fasa pertama dan tiga peratus bagi fasa kedua.

Related Posts

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

PUTRAJAYA – Pelaksanaan undang-undang antarabangsa perlu dilaksanakan secara adil dan konsisten kepada semua pihak bagi memastikan kredibilitinya terus terpelihara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata, penguatkuasaan secara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

KOTA KINABALU – Platform Jawatankuasa Tindakan Perpaduan Negeri Sabah (PaduNegeri) dilihat sebagai mekanisme penting dalam memperkukuh keharmonian masyarakat berbilang kaum di negeri ini. Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan