Regatta 2025: Jaket keselamatan diwajibkan, keselamatan peserta jadi keutamaan

KUCHING – Penganjur Sarawak Regatta – Kuching Waterfront Festival 2025 menetapkan pemakaian jaket keselamatan sebagai syarat wajib kepada semua peserta perlumbaan, termasuk acara Sarawak International Dragon Boat Regatta dan perebutan Piala Raja Sungai.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan merangkap Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira aspek keselamatan yang sebelum ini pernah terjejas akibat insiden kemalangan melibatkan peserta.

“Kita tidak boleh berkompromi dalam soal keselamatan. Mulai tahun ini, semua pasukan diwajibkan memakai jaket keselamatan. Jika gagal mematuhi, penyertaan mereka akan dibatalkan,” tegasnya.

Menurut Abdul Karim, langkah itu sejajar dengan standard antarabangsa dan diyakini mampu memberi keyakinan kepada peserta serta penonton bahawa penganjuran Regatta adalah selamat dan profesional.

Beliau menambah, peraturan baharu itu juga dilihat sebagai sebahagian daripada usaha menjadikan Sarawak Regatta bukan sahaja acara warisan dan budaya, tetapi juga festival sukan air yang menekankan disiplin, keselamatan dan nilai global.

Related Posts

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

SARATOK – Seorang lelaki tempatan berusia 25 tahun ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Dadah (BSJD), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok dalam satu operasi khas yang dijalankan di kawasan Roban,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki ditemukan meninggal dunia di taman permainan

MUKAH – Seorang lelaki warga tempatan ditemukan meninggal dunia di kawasan taman permainan kanak-kanak Dataran Pehin Setia Raja pada Ahad. Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Muhamad Rizal Alias berkata, pihaknya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

Lelaki ditemukan meninggal dunia di taman permainan

Lelaki ditemukan meninggal dunia di taman permainan

Malaysia anjur DSA dan NATSEC 2026, himpun 1,456 syarikat global

Malaysia anjur DSA dan NATSEC 2026, himpun 1,456 syarikat global

Iran tarik diri pameran DSA 2026

Iran tarik diri pameran DSA 2026

Langkah berani tubuh GPS terbukti selamatkan kedaulatan Sarawak

Langkah berani tubuh GPS terbukti selamatkan kedaulatan Sarawak