Razman gelabah disaman fitnah lagi?

“KERANA pulut santan binasa; kerana mulut badan binasa.”

Demikianlah peribahasa: pepatah tinggalan orang tua-tua kepada kita.

Peribahasa bukan sekadar ukiran kata sebaliknya itu pesan bestari bagi orang berakal budi.

Malangnya, seorang pemimpin kanan Pas Perak – Razman Zakaria – bertindak sebaliknya.

Sekali lagi kelihatan dia memilih bertindak bertentangan dengan konsep ketinggian budi amalan bangsa Melayu.

Setelah terjerat oleh beberapa tindakan luar kewajaran termasuklah memfitnah Perdana Menteri Kesepuluh (PMX), hinggakan terpaksa ‘melutut’ bagi mengelakkan disaman, Razman muncul dengan fitnah terbaharu.

Dalam isu kibar bendera China di Teluk Intan tempoh hari, Razman dengan yakinnya menyerang musuh politik Perikatan Nasional (PN).

Sasarannya tidak lain Parti Tindakan Demokratik (DAP), dan individu yang mahu dihentamya Nga Kor Ming.

Sungguhpun begitu, Razman kantoi teruk sekarang.

Pertama, dia mendapat maklumat awal bahawa yang mengibarkan bendera China itu, DAP – sesuatu hal yang sangat dinanti-nantikan PN.

Malangnya, yang berbuat demikian (mengibarkan bendera China itu) warga China (bukannya Cina Malaysia, sementelah lagi orang DAP).

Kedua; Razman diberitahu oleh sumbernya bahawa yang merasmikan program di Dataran Menara Condong itu Nga Kor Ming – lagi satu peristiwa yang ditunggu-tunggu dia dan PN.

Sekali lagi Razman kantoi.

Ya, hakikatnya tidak begitu. Nga Kor Ming mempunyai alibi – berada di Kuala Lumpur ketika perasmian itu berlangsung.

Ketiga, Razman dan PN, khususnya Pas bising kononnya pihak berkuasa berdiam diri dalam isu berkenaan.

Terciduk lagi Razman.

Yang sebenarnya berlaku, pihak berkuasa segera memanggil penganjur program di Teluk Intan itu.

Dalam tempoh yang sama, 17 warga China yang dikatakan mengibarkan bendera China itu juga diambil keterangan.

Kasihan Razman tetapi dia seperti tidak serik-serik.

Keempat, dengan semangat yang herot dan tidak kena pada tempatnya, Razman mengadakan demonstrasi semalam.

Ucapannya sarat dengan naratif yang rasis; menimbulkan keresahan umum; menyebarkan kebencian.

Dalam keadaan itu rupa-rupanya Razman tidak mengambil permit perhimpunan.

Itu bermakna demonstrasi tersebut menyalahi peraturan perhimpunan umum dan boleh dikenakan tindakan.

Kandungan ucapannya juga boleh disiasat dan jika didapati bersalah, hukuman menantinya serta orang lain yang turut terlibat.

Lagi satu yang bakal dihadapinya saman fitnah daripada Nga Kor Ming.

Apa pengajarannya dalam isu ini?

Semaju mana pun zaman kita berada, jangan lupa pusaka orang tua-tua termasuklah peribahasa tadi.

Lagi satu jangan sesekali (bukannya jangan pernah) kita bertindak membelakangkan ajaran Rasulullah SAW.

Junjungan Mulia itu sering berpesan bahawa fitnah amalan keji.

Oleh sebab itu, hindarilah fitnah. Perbuatan itu sangat buruk akibatnya.

Lagi satu, berdakwahlah demi menambah bilangan umat Islam.

Janganlah kita bina ‘pagar’ hinggakan orang bukan Islam tidak nampak keindahan agama yang mulia ini.

Ingat, tanpa dakwah rakyat negara lain antaranya Arab, India, dan China, belum tentu kita menikmati kehidupan sebagai penganut Islam.

Oleh sebab itu, pelajarilah sejarah dan bertindaklah sebagai Muslim (dan Muslimah) sejati.

Related Posts

MINDA TOK ABAH: Hati nurani dalam pembinaan negara bangsa

KITA telah berbicara tentang seorang negarawan yang dibentuk oleh jalan berdebu di Baling, jeriji besi penjara, dan pengalaman panjang memahami derita rakyat dari bawah. Negarawan yang melihat kuasa sebagai amanah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Antara tekanan subsidi, kos hidup dan realiti ekonomi negara

ADA yang bertanya, kenapa harga RON95 tidak dinaikkan kepada harga yang lebih tinggi atau diapungkan sahaja bagi mengurangkan bebanan nilai subsidi oleh negara? Secara realitinya, dasar kerajaan berkaitan harga bahan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

Ceelecia dinobat Unduk Ngadau peringkat daerah Sandakan 2026

Ceelecia dinobat Unduk Ngadau peringkat daerah Sandakan 2026

Pesta Kaamatan medan erat hubungan politik tanpa mengira parti – James

Pesta Kaamatan medan erat hubungan politik tanpa mengira parti – James

PM imbau kenangan bersama SMK Banggi

PM imbau kenangan bersama SMK Banggi