Jenayah ilmu: Pembangkang pengecut!

KEBENCIAN pembangkang ke atas Kerajaan Perpaduan kini kian ketara sehingga mendorong mereka melakukan jenayah ilmu.

Kecenderungan itu terserlah dalam isu penggunaan kosa kata ketimbang oleh Perdana Menteri (PM).

Dalam sidang parlimen, Ahli Parlimen Hulu Terengganu – Rosol Wahid – mendakwa, ketimbang berasal daripada gabungan kencing, tipu, dan sembang.

Sambil disambut senyuman spontan dan tanda sokongan wakil rakyat Masjid Tanah dan wakil rakyat Bachok, Rosol mendakwa itu hasil rujukannya ke atas maklumat internet dan media sosial.

Kata Rosol lagi, dia tidak menemukan perkataan itu dalam Kamus Dewan.

Sebagai aktivis bahasa, saya tahu tindakan Rosol itu amat tidak wajar dan membawanya ke jurang jenayah ilmu.

Kerana ingin tahu sumber rujukan Rosol, saya menyelongkar pelbagai jenis media sosial.

Akhirnya saya menemukan akaun Tiktok seseorang yang menggelarkan dirinya “Doktorkerusi”.

Dalam siaran videonya, lelaki yang dipercayai pemilik itu berkata sebagaimana kenyataan Rosol di Parlimen.

Lebih daripada itu, dia turut berkata, ketimbang berasal daripada bahasa Jawa, bukannya bahasa Melayu dan tidak wajar digunakan di negara ini.

Dalam hati saya, timbul pertanyaan – bukankah masyarakat Jawa sebahagian warganegara atau rakyat Malaysia?

Dalam tradisi perujukan kosa kata dan peristilahan, mengambil unit bahasa sesuatu kelompok masyarakat dalam negara sememangnya wajar.

Bukan itu sahaja, mengambil kosa kata dan istilah tertentu bahasa asing apatah lagi bahasa serumpun juga sudah lama berlaku.

Itu sebabnya kita terbiasa dengan kosa kata lakon, calon, dan perabot yang berasal daripada bahasa Indonesia.

Hal sedemikian itu jugalah yang menyebabkan kita terbiasa dengan basikal, tuala, radio, dan spring sungguhpun semua padanan bahasa negara atas angin itu ada dalam bahasa Melayu.

Dipendekkan cerita, saya menukilkan beberapa pertanyaan kepada ‘admin’ Doktorkerusi namun kesemua jawapannya sumbang.

Dia tidak dapat menjelaskan rumus yang digunakannya berkaitan kosa kata ketimbang.

Daripada hujahannya, dapat disimpulkan bahawa dia berbuat demikian dengan cara ikut selera sahaja.

Saya tegaskan, perbuatannya, perbuatan Ahli Parlimen Hulu Terengganu, dan sekian banyak penyokong pembangkang termasuklah yang mencipta lirik lagu bernada ‘menganjing’ berasaskan kosa kata ketimbang itu merupakan suatu jenayah ilmu.

Kata saya lagi, mereka telah menyesatkan akal budi generasi baharu dan itu suatu penghinaan besar terhadap kemukiaan bahasa kebangsaan.

Juga saya katakan bahawa, kenapa hanya kosa kata ketimbang menjadi isu; tidak perkataan dan frasa venue, share, dan sanah helwah yang juga tiada dalam Kamus Dewan.

Saya tekankan kepada admin Doktorkerusi beberapa perkara lain tentang isu itu namun dia tidak menjawabnya.

Sempat saya tangkap layar sebahagian ‘perbualan’ tersebut.

Tidak lama kemudian saya dapati semua teks saya dalam akaun itu terpadam.

Sejurus kemudian saya dapati saya disekat oleh lelaki itu daripada mengakses akaun tersebut.

Bacul betul pembangkang!

Related Posts

Thailand kawal harga minyak dengan hutang

KETIKA dunia berdepan ketidaktentuan susulan ketegangan krisis di Asia Barat, dunia bergelut dengan kenaikan harga minyak global termasuk negara-negara ASEAN. Thailand antara negara yang terkesan, dan kerajaan mereka memilih untuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bila tiada idea, helikopter pun jadi modal, lemah!

PEMBANGKANG cuba membina persepsi seolah-olah PMX menggunakan helikopter untuk ‘berseronok’ ketika rakyat berdepan isu harga minyak. Hakikatnya, itu tidak tepat, salah malah bersifat menghasut tanpa asas fakta yang jelas. Muktamad.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis