Raya Nusantara meriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri UNIMAS

KOTA SAMARAHAN – Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) tahun ini berlangsung meriah dengan mengetengahkan tema ‘UNIMAS Raya Nusantara’ yang menonjolkan keunikan budaya serantau.

Naib Canselor UNIMAS, Prof Dr Ahmad Hata Rasit berkata, pemilihan tema itu bertepatan dengan peranan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN tahun ini serta sebagai penghargaan terhadap kekayaan budaya Nusantara.

“Kita mahu raikan Hari Raya dengan sentuhan budaya serumpun, selari dengan identiti dan kerjasama serantau yang kita junjung,” katanya ketika ditemui pada majlis berkenaan.

Majlis itu turut diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi.

Sebanyak 33 reruai bertemakan negara-negara Nusantara telah dihias indah hasil kerjasama 55 Pusat Tanggungjawab (PTJ) UNIMAS, mempamerkan pelbagai sajian tradisional serta elemen budaya dari seluruh rantau Asia Tenggara.

Prof Dr Ahmad Hata berkata, penganjuran majlis seperti ini bukan sahaja menceriakan sambutan Hari Raya, malah berperanan penting dalam mengeratkan hubungan silaturrahim dan memupuk semangat perpaduan dalam kalangan warga kampus serta masyarakat sekeliling.

“Dengan kepelbagaian budaya dan latar belakang yang diraikan bersama, ia memberikan pengalaman unik dan bermakna kepada semua pengunjung,” ujarnya.

Related Posts

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

SIBU – Seramai 723 penerima bantuan bulanan beragama Islam ceria apabila menerima sumbangan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi. Sumbangan tersebut disalurkan menerusi program Majlis Sejambak Kasih Aidilfitri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

KUANTAN – Kerajaan Pahang sedia membina Rumah Rakyat Pahang (RRP) untuk waris kepada lima sekeluarga yang maut dalam kebakaran di Ulu Dong, dekat Raub, hujung bulan lalu. Perkara itu diumumkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Iran tutup pintu rundingan dengan AS, sifatkan ‘pengalaman pahit’

  • By Siti
  • March 10, 2026
Iran tutup pintu rundingan dengan AS, sifatkan ‘pengalaman pahit’

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit

Berita gembira buat rakyat menjelang Aidilfitri

Berita gembira buat rakyat menjelang Aidilfitri

PM beri perhatian serius operasi bawa pulang rakyat Malaysia

PM beri perhatian serius operasi bawa pulang rakyat Malaysia