MyGENOM Zon Sarawak fokus data genetik tempatan

MIRI – Usaha memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara diteruskan menerusi pelancaran rasmi Program Pengumpulan Data Penyelidikan MyGENOM Zon Sarawak yang berlangsung di Hotel Pullman pada Isnin.

Majlis itu dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal), Datuk Dr. Nor Fariza Ngah yang menegaskan kepentingan pengumpulan data genetik rakyat tempatan dalam mempertingkat ketepatan rawatan kesihatan di Malaysia.

“MyGENOM bukan sekadar projek penyelidikan. Ia adalah pelaburan jangka panjang demi memastikan setiap rakyat menerima rawatan bersesuaian dengan profil genetik masing-masing,” katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian.

Sarawak dipilih sebagai zon pelaksanaan bagi tahun 2025 dengan pengumpulan data dimulakan di Hospital Miri dan akan diperluas ke Hospital Lawas, Hospital Umum Sarawak, Hospital Bintulu, Hospital Mukah serta Hospital Sibu.

Menariknya, program ini turut melibatkan aktiviti pendermaan darah secara mudah alih yang menyasarkan penyertaan lebih ramai peserta, khususnya dari komuniti luar bandar dan pedalaman.

“Pasukan MyGENOM akan turun padang menyertai program luar bandar agar komuniti yang sebelum ini kurang diwakili seperti masyarakat Bumiputera Sarawak turut terlibat dalam penyelidikan ini,” ujarnya lagi.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat termasuk Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta National Institutes of Biotechnology Malaysia (NIBM) atas sokongan terhadap pelaksanaan projek ini.

Tambahnya, pelancaran MyGENOM di Zon Sarawak diharap menjadi pemangkin kepada pembangunan pangkalan data genomik kebangsaan yang inklusif, mencerminkan kepelbagaian genetik rakyat Malaysia serta menyumbang kepada sistem kesihatan yang lebih baik dan berdaya tahan.

Related Posts

Penjawat awam Pahang dapat bonus 2 bulan

KUANTAN – Penjawat awam Pahang akan menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji melibatkan peruntukan keseluruhan RM48 juta yang akan dikreditkan dua kali pada tahun hadapan. Berita baik…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

ALOR SETAR – Seorang Ahli Parlimen ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah pada Khamis bagi tujuan pertuduhan berkaitan usahasama ternakan lembu milik kerajaan negeri. Menurut sumber, penahanan itu susulan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan jadikan Albert Tei hero integriti, pemberi rasuah bukan ‘whistleblower’

Jangan jadikan Albert Tei hero integriti, pemberi rasuah bukan ‘whistleblower’

Penjawat awam Pahang dapat bonus 2 bulan

Penjawat awam Pahang dapat bonus 2 bulan

Pemergian Bung beri kesan besar buat UMNO, BN dan rakyat Sabah – Zahid Hamidi

Pemergian Bung beri kesan besar buat UMNO, BN dan rakyat Sabah – Zahid Hamidi

Bung agresif di Parlimen, di rumah teramat lembut – Shaheizy Sam

Bung agresif di Parlimen, di rumah teramat lembut – Shaheizy Sam

PM sifatkan Bung lantang perjuang hak rakyat

PM sifatkan Bung lantang perjuang hak rakyat

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah