Dua beranak antara tiga maut kemalangan tiga kenderaan

KUANTAN – Tiga termasuk ibu dan anak maut manakala empat lagi cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 34, Jalan Maran-Bandar Jengka, dekat Maran, pagi tadi.

Mangsa maut adalah dua beranak iaitu Noraini Ali, 42, dan Aufa Medina Azuan, 7, yang menaiki kenderaan jenis Perodua Alza manakala seorang lagi mangsa yang maut ialah penumpang hadapan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Avanza iaitu Nik Nurien Haziqah Nik Ibrahim,13.

Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintenden Mohamad Zamri Mohamad Zaber berkata, pihaknya menerima laporan kejadian jam 8.15 pagi.

Katanya, berdasarkan siasatan awal kemalangan berlaku ketika kenderaan jenis Perodua Alza dipandu seorang wanita membawa seorang penumpang kanak-kanak dalam perjalanan dari arah bandar Jengka menghala ke bandar Maran.

“Apabila sampai di lokasi kejadian kenderaan jenis Toyota Avanza dipercayai masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan kenderaan jenis Perodua Alza.

“Dalam masa sama datang kereta jenis Perodua Myvi dari arah bandar Jengka menghala ke bandar Maran tidak sempat mengelak dan melanggar Toyota Avanza yang sedang melintang di tengah jalan,” katanya.

Mohamad Zamri berkata, akibat rempuhan itu, pemandu kenderaan jenis Perodua Alza dan penumpang hadapan kenderaan jenis Toyota Avanza meninggal dunia di lokasi kejadian manakala penumpang hadapan Perodua Alza meninggal dunia ketika dirawat di Klinik Kesihatan Jengka.

Katanya, kesemua mangsa maut dibawa ke Hospital Jengka untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera dirawat di Hospital Jengka dan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh.

Related Posts

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

KOTA KINABALU – Platform Jawatankuasa Tindakan Perpaduan Negeri Sabah (PaduNegeri) dilihat sebagai mekanisme penting dalam memperkukuh keharmonian masyarakat berbilang kaum di negeri ini. Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

IPOH – Tiga lelaki ditemukan maut dipercayai akibat terkena renjatan elektrik ketika disyaki cuba mencuri kabel milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di kawasan tanah lapang berhampiran tiang elektrik di Taman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan