Rakyat Malaysia di Iran dijangka dibawa pulang pada 20 Jun – Fahmi

PUTRAJAYA – Rakyat Malaysia yang berada di Iran dijangka akan dibawa pulang pada hari Jumaat, 20 Jun ini, susulan tindakan agresif yang dilancarkan oleh rejim Zionis Israel terhadap negara berkenaan.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan merangkap Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, memaklumkan bahawa segala persiapan yang diperlukan sedang giat dilaksanakan berikutan peningkatan ketegangan di rantau tersebut.

Menurut beliau, urusan visa bagi semua rakyat Malaysia yang terlibat telah diselesaikan sepenuhnya.

“Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan, telah membentangkan situasi semasa kepada Jemaah Menteri pada hari ini dan memaklumkan bahawa jumlah rakyat Malaysia di Iran, sama ada yang bekerja, menuntut ilmu, atau melawat tidak terlalu besar berdasarkan rekod rasmi pendaftaran.

“Insya-Allah, mereka dijangka akan berlepas dalam tempoh sehari dua ini, dengan kemungkinan besar pada 20 Jun,” ujar beliau dalam satu sidang media mingguan di Menara Komunikasi, pada Rabu.

Fahmi berkata demikian sebagai mengulas pelan pemindahan rakyat Malaysia dari Iran susulan situasi keselamatan yang semakin membimbangkan di negara berkenaan.

Kementerian Luar sebelum ini telah menasihatkan semua rakyat Malaysia yang menetap di Iran supaya meninggalkan negara itu dengan serta-merta melalui apa-apa kaedah yang selamat.

Menurut kementerian itu, keadaan di Iran kini semakin meruncing, manakala situasi keselamatan adalah amat tidak menentu dan berpotensi untuk menjadi lebih buruk tanpa sebarang amaran awal.

Pada Jumaat lalu, Israel dilaporkan telah melancarkan serangan ke atas Iran, yang menurut kenyataan rejim itu, merupakan tindak balas terhadap kebimbangan terhadap pembangunan keupayaan senjata nuklear oleh Tehran sejak kebelakangan ini.

Media Iran pula melaporkan bahawa beberapa letupan telah kedengaran di sekitar ibu kota Tehran selepas serangan dilancarkan pada awal pagi Jumaat.

Operasi ketenteraan yang dilancarkan oleh Israel itu menyasarkan sistem pertahanan udara Iran serta beberapa lokasi utama berkaitan program nuklear dan ketenteraan negara tersebut, sekali gus mengorbankan puluhan nyawa termasuk komander tertinggi tentera dan beberapa orang saintis nuklear, menurut pihak berkuasa Iran.

Related Posts

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

DALAM keadaan dunia yang semakin tidak stabil, langkah Malaysia melalui Petronas untuk berunding mendapatkan bekalan minyak dari Rusia membuktikan satu perkara penting: kepentingan rakyat sentiasa diutamakan melebihi tekanan geopolitik luar.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

DUNGUN – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merasmikan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Dungun di Kampung Bukit Pauh, sekali gus memperkukuh komitmen kerajaan dalam memperluas akses pendidikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wanita ditahan, lima senjata api termasuk M-16 dirampas

Wanita ditahan, lima senjata api termasuk M-16 dirampas

Wolves turun liga selepas gagal elak penyingkiran

Wolves turun liga selepas gagal elak penyingkiran

Hujan lebat dua jam akibatkan banjir kilat di Cameron Highlands

Hujan lebat dua jam akibatkan banjir kilat di Cameron Highlands

UMS, DBP ganding bahu martabat bahasa dan sastera kanak-kanak

UMS, DBP ganding bahu martabat bahasa dan sastera kanak-kanak

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan