Hujan lebat dua jam akibatkan banjir kilat di Cameron Highlands

KUANTAN – Hujan lebat lebih dua jam mengakibatkan kejadian banjir kilat di kawasan Habu Heights, Cameron Highlands, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Superintendan Azri Ramli berkata, hujan lebat bermula jam 2 petang menyebabkan aliran air lumpur deras dari kawasan tinggi mengalir ke jalan utama Ringlet.

“Bagaimanapun keadaan terkawal dan air surut sepenuhnya sekitar jam 4 petang,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Azri berkata, tiada laporan kemalangan jiwa diterima, namun terdapat dua laporan polis membabitkan dua kenderaan dihanyutkan arus deras.

Beliau berkata, tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden itu dan keadaan di lokasi kini selamat untuk dilalui.

Related Posts

Pusat Konservasi Gajah bakal dibangun di Teck Guan Cocoa Village

TAWAU – Satu inisiatif pelancongan berskala besar bakal direalisasikan di daerah ini menerusi pembinaan Pusat Konservasi Gajah (Elephant Sanctuary). Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS), Dr Andi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wanita ditahan, lima senjata api termasuk M-16 dirampas

KUALA KRAI – Penahanan seorang wanita oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kampung Miah di sini, petang semalam, membawa kepada rampasan lima laras senjata api, termasuk M-16. Komander Briged Tenggara,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pusat Konservasi Gajah bakal dibangun di Teck Guan Cocoa Village

Pusat Konservasi Gajah bakal dibangun di Teck Guan Cocoa Village

RM5 bilion jaminan pembiayaan bantu PMKS hadapi tekanan global – PM

RM5 bilion jaminan pembiayaan bantu PMKS hadapi tekanan global – PM

Gaza perlu AS$71.4 bilion untuk pembangunan semula dalam tempoh 10 tahun

  • By Siti
  • April 21, 2026
Gaza perlu AS$71.4 bilion untuk pembangunan semula dalam tempoh 10 tahun

Wanita ditahan, lima senjata api termasuk M-16 dirampas

Wanita ditahan, lima senjata api termasuk M-16 dirampas

Wolves turun liga selepas gagal elak penyingkiran

Wolves turun liga selepas gagal elak penyingkiran

Hujan lebat dua jam akibatkan banjir kilat di Cameron Highlands

Hujan lebat dua jam akibatkan banjir kilat di Cameron Highlands