Itu hanya fitnah pembangkang, kilang Felcra masih beroperasi seperti biasa

PUTRAJAYA –  Dakwaan bahawa Felcra
menjual kilang agensi berkenaan kepada mana-mana pihak termasuk bukan Bumiputera adalah tidak benar.

Ketua Pegawai Eksekutif Felcra, Datuk Idris Lasim berkata, ia adalah fitnah yang cuba direka oleh pihak tidak bertanggungjawab dan kilang yang didakwa itu masih menjalankan operasi harian seperti biasa.

Menurutnya, sehingga kini pihak pengurusan mengesahkan tiada sebarang cadangan penjualan telah dikemukakan kepada Lembaga Pengarah untuk kelulusan.

“Felcra Berhad menjalankan operasi perkilangan dan kejuruteraan, termasuk pengoperasian kilang pemprosesan kelapa sawit.

“Terdapat lima kilang pemprosesan buah kelapa sawit yang beroperasi secara milikan penuh dan diuruskendalikan iaitu Kilang Sawit di Seberang Perak, Perak; Maran, Pahang; Sungai Melikai, Johor; Bukit Kepong, Johor dan Felcra Nasaruddin, Perak.

“Sehingga kini tiada sebarang penjualan yang berlaku terhadap kilang tersebut dan ia masih kekal beroperasi seperti biasa,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press, hari ini.

Terdahulu, Pengerusi Sekretariat Pembela Tanah Air (Peta), Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali Chegu Bard mendesak Pengerusi Felcra membuat penjelasan berhubung penjualan kilang sawit yang merugikan Felcra.

Dakwanya, ia rentetan beberapa sumber sejak hampir sebulan lalu tampil berjumpa dengannya dan menyerahkan beberapa set dokumen berkenaan penjualan kilang Felcra.

Sementara itu, Idris menafikan sebarang dakwaan di media sosial yang mengaitkan Pengerusi Felcra, Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakub dengan penjualan kilang kepada mana-mana pihak.

Katanya, Felcra akan terus memberikan komitmen untuk berkhidmat kepada masyarakat dan memastikan bahawa kepentingan semua pihak terlibat sentiasa diutamakan demi memperkukuhkan kedudukan syarikat dalam industri pengilangan hasil agrikomoditi.

“Selepas 27 tahun dikorporatkan, ia telah berjaya mengagihkan melebihi RM8.11 billion agihan keuntungan kepada hampir 107,000 orang peserta di seluruh Malaysia.

“Selain itu, Felcra turut membangunkan tanah secara komersil serta menceburi bidang agromakanan,” katanya.

Sebelum ini, Ahmad Jazlan menegaskan dakwaan pihak yang digelar sebagai ‘askar upahan’ pihak pembangkang itu adalah fitnah amat besar terhadap dirinya.

Sehubungan itu, beliau mencabar pimpinan pembangkang membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya dakwaan itu benar.

Related Posts

RGT Kemaman: Antara harapan besar dan realiti yang perlu dinilai secara jujur

CADANGAN pembangunan projek Regasification Terminal (RGT) di Kemaman yang dijangka siap menjelang 2029 dilihat sebagai satu langkah strategik untuk mengangkat Terengganu sebagai hab LNG di Pantai Timur. Dalam naratif pembangunan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
4 RUU diluluskan pada sidang DUN Sabah ke-17

KOTA KINABALU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah meluluskan empat Rang Undang-Undang (RUU) pada mesyuarat pertama penggal kedua DUN Sabah yang ke-17, di sini pada Khamis.  Antara RUU baharu yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RGT Kemaman: Antara harapan besar dan realiti yang perlu dinilai secara jujur

RGT Kemaman: Antara harapan besar dan realiti yang perlu dinilai secara jujur

4 RUU diluluskan pada sidang DUN Sabah ke-17

4 RUU diluluskan pada sidang DUN Sabah ke-17

Pengosongan Balai Luak Undang Sungei Ujong oleh Mubarak ditangguhkan

Pengosongan Balai Luak Undang Sungei Ujong oleh Mubarak ditangguhkan

SICC transformasi jadi platform strategik jaringan perniagaan serantau

SICC transformasi jadi platform strategik jaringan perniagaan serantau

Hari Sukan SK FELDA Jengka 24 platform jalin hubungan antara komuniti

Hari Sukan SK FELDA Jengka 24 platform jalin hubungan antara komuniti

133 jemaah haji Sarawak berangkat ke Tanah Suci diiringi doa TYT Sarawak

133 jemaah haji Sarawak berangkat ke Tanah Suci diiringi doa TYT Sarawak