Rafidah perlu mohon maaf, tarik balik tuduhan dan bayar ganti rugi – Khalid Samad

BEKAS Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad menuntut pelakon yang juga pempengaruh terkenal, Rafidah Ibrahim melakukan permohonan maaf atau berdepan tindakan saman berkaitan isu kontroversi tanah di Kampung Baru Kuala Lumpur.

Khalid menjelaskan bahawa tuntutan itu dibuat selepas Rafidah mendakwanya mempunyai niat untuk memansuhkan Lembaga Pentadbiran Malay Agricultural Settlement (MAS) serta mahu menghapuskan tanah rizab Melayu di Kampung Sungai Baru termasuk seluruh Kampung Baru.

Beliau berkata, tindakan ke atas Rafidah perlu diambil berikutan dakwaan terhadapnya merupakan tuduhan liar dan tidak bertanggungjawab.

Hal ini katanya, isu tanah di Kampung Baru berbeza dengan tanah rizab Melayu yang lain dan Rafidah tidak memahami apa yang diperkatakannya.

“Walaupun orang kata dia buat TikTok menarik tapi fakta semua ke laut. Orang yang sebenarnya di sebalik masalah berhubung dengan Kampung Baru iaitu bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa dia puji pula.

“Pada masa sama dia juga memperlekehkan Annuar, di mana dia mendakwa ada tangan-tangan ghaib yang buat semua ini. Seolah-olah Annuar dan seorang lagi bekas menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim buta dan bodohlah,” katanya dalam sidang media di sini pada Isnin.

Terdahulu, menerusi hantaran video di TikTok, Rafidah membuat dakwaan memaparkan dirinya menaiki kenderaan mengelilingi Kampung Sungai Baru dengan menggunakan pembesar suara bagi menyuarakan bantahan dan menggesa penduduk untuk terus menetap di kawasan itu.

Sehubungan itu, Khalid yang juga merupakan Pengerusi AMANAH Wilayah Persekutuan berkata, pihaknya telah menghantar tuntutan kepada Rafidah pada 17 April lalu untuk menuntutnya membuat permohonan maaf, menarik balik tuduhan dan membayar ganti rugi.

“Kalau dia masih tak dapat surat tuntutan itu, manalah tahu dia lari atau pindah dan kalau tak dapat jumpa di rumahnya kita akan serahkan di tengah jalan atau di mana-mana lokasi dia sedang buat siaran langsung Tiktok,” katanya.

Related Posts

Simpanan persaraan lebih terjamin dengan i-Legasi, i-Emas

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memperkenalkan i-Legasi dan i-Emas bagi memperkukuh jaminan kewangan serta memastikan kelangsungan simpanan persaraan ahli dalam jangka panjang. Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Ahmad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO

Tular video tangkapan: Suspek disiasat kes halang penjawat awam bertugas

Tular video tangkapan: Suspek disiasat kes halang penjawat awam bertugas