Qari, qariah Malaysia johan Tilawah Al-Quran

PUTRAJAYA – Qari dan qariah Malaysia dinobat johan Tilawah Al-Quran bagi kategori masing-masing pada Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-64 malam tadi.

Muhammad Husaini Mahmur diumumkan pemenang dalam kategori qari selepas meraih markah 95.71 peratus, manakala Abdur Rasheed dari Pakistan di tempat kedua (93.59 peratus) dan di tempat ketiga ialah Wahyu Andi Saputra dari Indonesia (92.09 peratus).

Bagi kategori qariah pula, Nor Hidayah Abdul Rahman muncul johan selepas mengumpul markah 91.76 peratus, diikuti peserta Filipina Raihana Ambangala di tempat kedua (90.26 peratus) dan Syamimi Assahira dari Indonesia di tempat ketiga (89.46 peratus).

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan hadiah kepada pemenang dalam kategori qari, manakala Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah bagi kategori qariah.

Kategori hafazan lelaki pula menyaksikan Oubaydullah Boubacar Ango dari Niger muncul johan dengan markah 97.63 peratus, diikuti Ibrahim Sow dari Ivory Coast (97 peratus) dan tempat ketiga Aeimiddin Farkhudinov dari Russia (96.88 peratus).

Peserta Niger Habsatou Hamissou Boubacar pula muncul johan bagi kategori hafazan wanita dengan markah 96.13 peratus, diikuti Putri Aminah Mohd Hanif dari Malaysia di tempat kedua (94.89 peratus) dan ketiga ialah Fathimah Shaya Zahir dari Maldives (94.38 peratus).

Johan bagi kategori Tilawah Al-Quran dan Hafazan Al-Quran masing-masing membawa pulang wang tunai RM40,000 daripada kerajaan berserta kepingan emas bernilai RM12,000 sumbangan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), selain menerima hadiah iringan dan sijil.

MTQHA ke-64 anjuran Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, menampilkan 92 peserta dari 71 negara terdiri daripada 53 bagi tilawah dan 39 hafazan.

Seramai 15 hakim dari pelbagai negara terbabit dalam MTQHA kali ini yang mengekalkan beberapa hakim iaitu dari Maghribi dan Turkiye, selain muka baharu dari Arab Saudi dan Indonesia dengan proses penilaian meliputi aspek tajwid, fasahah, kualiti suara serta ingatan khususnya bagi peserta hafazan.

Related Posts

Biodiesel B15 dilancar 1 Jun, sokong penstabilan harga diesel

PUTRAJAYA – Kerajaan memutuskan biodiesel B15 mesti dikeluarkan melalui 19 loji mulai 1 Jun ini juga, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri berkata, pengeluarannya penting bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Mahkamah Rayuan arah lelaki belasah isteri hingga koma dipenjara 14 tahun

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan memerintahkan bekas suami Jahidah Nordin iaitu Rosmaini Abdul Raof, dihukum penjara 14 tahun berkuat kuasa hari ini atas kesalahan menyebabkan kecederaan parah terhadap wanita itu, lima…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

10 aktivis Malaysia sedia teruskan misi GSF 2.0 ke Gaza kali kedua

10 aktivis Malaysia sedia teruskan misi GSF 2.0 ke Gaza kali kedua

PMX sumbang RM100,000 bantu ASWO sertai World Music Contest 2026 di Belanda

PMX sumbang RM100,000 bantu ASWO sertai World Music Contest 2026 di Belanda

Kementerian Ekonomi selaras segera kerja naik taraf Pulau Tioman

Kementerian Ekonomi selaras segera kerja naik taraf Pulau Tioman

Pembenihan awan dipercepat di Kedah, Perlis tangani cuaca kritikal

Pembenihan awan dipercepat di Kedah, Perlis tangani cuaca kritikal

Sentuhan Bibiq jadi legasi, 3 sepupu kekalkan citarasa masakan payau

Sentuhan Bibiq jadi legasi, 3 sepupu kekalkan citarasa masakan payau

Projek Sistem Air Akut Rantau Panjang capai tahap 33 peratus siap

Projek Sistem Air Akut Rantau Panjang capai tahap 33 peratus siap