Pusat Service Sarawak Sarikei mudahkan urusan orang awam

SARIKEI – Service Sarawak telah dilancarkan oleh Premeir Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada 2 Disember 2012.

Service Sarawak adalah di bawah Unit Digitalisasi Perkhidmatan Awan, Jabatan Premier Sarawak yang bertujuan untuk menjadi peneraju perkhidmatan bersepadu kerajaan yang berkonsepkan ‘One Government of Your Service’.

Di Sarikei, Pusat Service Sarawak terletak di Pusat Pentadbiran Kerajaan Sarawak (Bahagaian Sarikei) yang baru dan beroperasi di tingkat bawah untuk memudahkan urusan orang awam dan telah pun mula beroperasi sepenuhnya pada 2 September 2024.

Seorang pengguna yang dikenali sebagai Mary berkata, perkhidmatan Pusat Service Sarawak banyak membantu memudahkan urusan orang awam.

“Saya sangat berpuas hati dengan adanya Pusat Service Sarawak ini kerana sangat memudahkan urusan kami. Bantuan dan layanan yang diberikan oleh pegawai yang bertugas juga turut memudahkan kami.” Kata Puan Mary.

Selain itu, penduduk di Sarikei turut memberi penghargaan terima kasih kepada Kerajaan Sarawak kerana dengan adanya Pusat Service Sarawak dapat membantu golongan warga tua yang tidak celik teknologi dalam menggunakan perkhidmatan yang sedia ada dengan mudah dan selamat.

Disamping itu, pegawai Service Sarawak Sarikei turut mengambil inisiatif menjalankan aktiviti turun padang di sekitar Pekan Sarikei dengan mengedarkan risalah kepada orang awam dan memberi pengenalan dan penjelasan mengenai jenis perkhidmatan yang ada di service sarawak bagi menggalakkan penduduk setempat mendapatkan perkhidmatan yang diperlukan khususnya dalam pembayaran bil-bil utility dan perkhidmatan lain.

Service Sarawak juga boleh dicapai untuk mendapatkan perkembang terkini berkaitan dengan hebahan melalui pautan laman Facebook,
https://www.facebook.com/ServiceSarawak?mibextid=LQQJ4d

Related Posts

Imam meninggal dunia ketika solat Jumaat

KUANTAN – Seorang imam rebah sebelum meninggal dunia dipercayai terkena serangan jantung ketika mengimamkan solat Jumaat di Masjid Ar Rahmat, FELDA Lembah Klau dekat Raub, tengah hari semalam. Dalam kejadian…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Minyak masak peket disita, guna untuk masak dan jual makanan kepada warga asing

TAIPING – Sebanyak 605 peket minyak masak bersubsidi satu kilogram (kg) disita daripada sebuah premis di Lorong IKA, Industri Kamunting Aman di sini, selepas didapati memiliki stok melebihi had yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imam meninggal dunia ketika solat Jumaat

Imam meninggal dunia ketika solat Jumaat

MINDA TOK ABAH: Politik perubahan vs perubahan politik

MINDA TOK ABAH: Politik perubahan vs perubahan politik

Henti polemik lantikan Ketua Hakim Negara, tiada campur tangan politik – KP JKOM

Henti polemik lantikan Ketua Hakim Negara, tiada campur tangan politik – KP JKOM

MCMC ambil keterangan individu siar kandungan palsu pelantikan Ketua Hakim Negara

MCMC ambil keterangan individu siar kandungan palsu pelantikan Ketua Hakim Negara

Minyak masak peket disita, guna untuk masak dan jual makanan kepada warga asing

Minyak masak peket disita, guna untuk masak dan jual makanan kepada warga asing

Suria Capital nafi kaitan dengan Suria Sabah Mall, kawal penuh operasi JPFT

Suria Capital nafi kaitan dengan Suria Sabah Mall, kawal penuh operasi JPFT