Anwar merentasi zaman demi Malaysia (ii)

Bahagian Dua

TOKOH kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim bermula sejak zaman pengajian di Universiti Malaya.

Pada tahun 1973, beliau yang ketika itu Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengetuai demonstrasi di hadapan kedutaan Amerika Syarikat (AS) di ibu negara bagi mengutuk dengan keras pencerobohan Israel dan campur tangan AS dalam perang Arab-Israel.

Maknanya, Anwar sudah lama bersuara dan berjuang untuk pembebasan rakyat Palestin daripada rejim Zionis.

Tahun seterusnya, kehebatan Anwar berpidato membawa kepada pemilihan beliau untuk memimpin satu lagi demonstrasi bagi memperjuangkan nasib petani miskin di Kedah.

Dikenali sebagai ‘Demonstrasi Baling’ yang dimulakan pada 19 November 1974 mencapai kemuncaknya pada 1 Disember 1974 apabila kira-kira 30,000 penduduk berkumpul bagi membantah kejatuhan harga getah.

Selain penduduk, demonstrasi itu turut disertai ribuan mahasiswa yang mengambil tindakan sama di ibu kota.

Hampir semua watak dalam menjayakan demonstrasi itu kemudiannya ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) – termasuklah Anwar sendiri – antaranya bekas Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (ketika itu) Kamarazaman Yaakob; Presiden Parti Bumiputera Perkasa (Putra), Datuk Ibrahim Ali; Veteran PKR, Allahyarham Dr Syed Husin Ali; Hamzah Kassim, Adi Satria dan beberapa pemimpin bukan Melayu seperti Yeo Bee Foo.

Hubungan Anwar dan pemimpin global

Hubungan erat antara Anwar dengan pimpinan dunia sudah bermula sejak 1970-an.

Bakat dan ketokohan beliau mula dikesan oleh Tun Musa Hitam ketika memimpin ABIM dan seterusnya Anwar dipelawa menyertai UMNO oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bintang Anwar dalam dunia politik kemudiannya digilap secara berhati-hati oleh UMNO hingga menyaksikan beliau menjawat beberapa peranan penting ketika itu.

Kemuncaknya, Anwar dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 1993 hingga 1998.

Apa yang berlaku pada 2 September 1998 adalah sejarah yang sedia diketahui umum.

Bahkan, Musa dalam satu wawancara pada tahun 2021 dilaporkan berkata, beliau tanpa keraguan menyifatkan Anwar memiliki kewibawaan untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.

“Saya boleh cakap tanpa keraguan, dia layak sebagai Perdana Menteri.

“Dia ada karisma dan bagi saya, dia patutnya dah jadi Perdana Menteri.

“… ada seorang yang berjanji pada dia (Anwar), beberapa kali, kawan itu (Anwar) tunggu punya tunggu, akhirnya tetap tak jadi.

“Dulu kalau orang yang berjanji itu kasi pada dia, saya kata boleh, ‘good idea’. Tapi malangnya, orang yang berjanji itu tak kasi (tertawa),” kata Musa yang ketika itu adalah Pengerusi Forum Ekonomi Islam Sedunia.

Pengukuhan jenama Malaysia di persada antarabangsa

Selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada November 2022, Anwar tidak menunggu lama untuk memperkuatkan jenama Malaysia dalam kalangan komuniti antarabangsa.

Beliau memulakan rangka lawatan kerja rasmi ke negara Asean apabila mengunjungi Indonesia, Filipina, Singapura, Laos, Thailand, Vietnam dan Brunei.

Lawatan rasmi ke Indonesia, Singapura dan Brunei pada Januari 2023, diikuti Thailand pada Februari.

Pada bulan sama, Anwar mengunjungi Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan sebelum ke Manila, Filipina pada Mac.

Anwar seterusnya ke New York untuk menghadiri Persidangan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada September 2023.

Dalam ucaptamanya, beliau menyuarakan rasa kurang senang terhadap isu Islamofobia yang masih menebal dalam kalangan masyarakat antarabangsa.

Pelbagai lagi lawatan rasmi dilaksanakan rombongan Anwar sejak memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, termasuk ke China, Dubai dan terkini di Vladivostok, Rusia bersama Presiden Vladimir Putin.

Sudah pasti semua usaha Anwar ini bukan hanya untuk memberi gambaran kepada komuniti global bahawa Malaysia sudah bersedia untuk kembali menjadi kuasa ekonomi berpengaruh di Asia.

Bahkan lebih kepada meningkatkan semula keyakinan masyarakat antarabangsa bahawa Malaysia kini memiliki kerajaan yang kompetitif dan sedia menyahut cabaran dalam melaksanakan reformasi ekonomi yang lebih agresif.

Related Posts

Apabila legasi menjadi lobi: Cabaran terhadap institusi undang-undang Malaysia

APABILA bekas hakim bersuara, mereka tidak bercakap sendirian. Mereka membawa bersama bayangan tempoh perkhidmatan mereka, keputusan yang telah mereka buat, doktrin yang mereka pertahankan — dan seringkali, institusi yang kini…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Judicial echo chambers: The quiet power of influence in Malaysia’s legal establishment

WHEN former judges speak, they do not speak alone. They carry with them the shadow of their tenure, the decisions they’ve made, the doctrines they’ve defended — and often, the…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketua penjenayah ditembak mati, konco kini buruan polis

Ketua penjenayah ditembak mati, konco kini buruan polis

MBSP arah restoran nasi kandar terlampau kotor tutup serta-merta

MBSP arah restoran nasi kandar terlampau kotor tutup serta-merta

Nelayan pukat udang maut dipanah petir

Nelayan pukat udang maut dipanah petir

Dasar pendidikan perlu konsisten, bukan bahan uji kaji – TPM

Dasar pendidikan perlu konsisten, bukan bahan uji kaji – TPM

Enam ‘scammers’ termasuk dua remaja mengaku lakukan penipuan

Enam ‘scammers’ termasuk dua remaja mengaku lakukan penipuan

Tun Ramli mahu i-Sejahtera diteruskan bagi ringankan beban rakyat

Tun Ramli mahu i-Sejahtera diteruskan bagi ringankan beban rakyat