Pusat Darah Wilayah Utara bernilai RM49.87 juta siap Oktober ini

SUNGAI PETANI – Projek pembinaan Pusat Darah Wilayah Utara, di sini, yang menelan belanja sebanyak RM49.87 juta dijangka siap sepenuhnya pada Oktober ini, sekali gus menjadi pusat pengumpulan dan pengurusan darah utama bagi negeri-negeri di wilayah utara.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, projek yang kini mencapai kemajuan fizikal 93 peratus itu berjalan mengikut jadual tanpa sebarang isu kritikal dan membuktikan komitmen kerajaan dalam memperkukuh sistem kesihatan negara.

“Projek ini menggunakan kaedah reka dan bina oleh kontraktor MEC Jati Sdn. Bhd. dengan pemantauan Jabatan Kerja Raya (JKR) melalui Pasukan Projek Persekutuan JKR Negeri Kedah.

“Ia dimulakan pada 2 Ogos 2021 dan dijangka memperoleh Sijil Siap dan Pematuhan (CCC) menjelang Oktober ini,” katanya selepas mengadakan lawatan kerja ke tapak projek berkenaan di sini, hari ini.

Beliau berkata, pusat itu dilengkapi pelbagai kemudahan moden termasuk blok utama pusat darah, blok mekanikal dan elektrikal, kafeteria, kawasan parkir terbuka, pondok pengawal, loji rawatan kumbahan serta rumah sisa buangan klinikal dan kimia.

Fasiliti tersebut turut menyediakan 20 katil khusus untuk pendermaan darah, makmal moden, sistem penapisan dan penyimpanan darah bersuhu -40 darjah Celsius serta logistik bersepadu bagi memastikan keselamatan dan kecukupan bekalan darah.

“Pusat ini akan meningkatkan kecekapan pengurusan darah secara menyeluruh dari proses pendermaan, analisis, sehingga ke penyimpanan.

“Kemudahan ini juga mesra pengguna dan memberi keselesaan kepada penderma serta petugas kesihatan,” katanya.

Related Posts

Peruntukan RM2.3 juta perkasa pendidikan Perak 2026

IPOH – Yayasan Perak memperuntukkan lebih RM2.3 juta bagi meneruskan komitmen pemerkasaan pendidikan di negeri ini untuk tahun 2026 menerusi kerjasama strategik bersama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak. Yayasan Perak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bergaduh guna parang di tempat awam, lelaki dicekup polis

BETONG – Padah bergaduh menggunakan senjata tajam di tempat awam, seorang lelaki ditahan polis selepas video insiden itu tular di media sosial. Ketua Polis Daerah Betong, DSP Wan Mohamad Ali…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Peruntukan RM2.3 juta perkasa pendidikan Perak 2026

Peruntukan RM2.3 juta perkasa pendidikan Perak 2026

SPRM perketat tindakan terhadap penjenayah kewangan melalui strategi baharu

SPRM perketat tindakan terhadap penjenayah kewangan melalui strategi baharu

Keselamatan jalan raya dipertingkat melalui kerjasama Puspakom-MIROS

Keselamatan jalan raya dipertingkat melalui kerjasama Puspakom-MIROS

Anwar ucap tahniah Hari Keputeraan Tuanku Muhriz

Anwar ucap tahniah Hari Keputeraan Tuanku Muhriz

Presiden UMNO isyarat penolakan terhadap Pas, cadang bubar parti

Presiden UMNO isyarat penolakan terhadap Pas, cadang bubar parti

Isi hati telah saya sampaikan kepada Presiden UMNO – Dr Akmal Saleh

Isi hati telah saya sampaikan kepada Presiden UMNO – Dr Akmal Saleh