Jangan jadikan demonstrasi jalanan platform ganti kertas undi

KUALA LUMPUR – Kepimpinan bukan diukur melalui siapa yang paling lantang bersuara di jalanan, namun siapa yang paling ikhlas dan bijaksana mewakili rakyat di Parlimen serta menghormati keputusan peti undi menerusi pilihan raya.

Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berkata, pihaknya melahirkan kebimbangan terhadap kecenderungan segelintir tokoh politik yang memilih menjadikan himpunan jalanan sebagai pentas ekspresi politik, menggantikan peranan institusi demokrasi yang sah seperti Parlimen.

Katanya, timbul persoalan terhadap kewajaran tindakan sesetengah pemimpin yang memilih melaungkan slogan-slogan lapuk daripada pentas sementara di atas jalan raya, sedangkan Parlimen kekal sebagai tempat yang sah dan bermaruah untuk perbahasan dasar serta kepimpinan negara.

“MCW kesal terhadap pengorbanan ditanggung penyokong biasa, yang ramai daripadanya tidak jelas mengenai isu sebenar yang diperjuangkan. Mereka sanggup merentasi ratusan kilometer, meninggalkan pekerjaan dan komitmen harian, hanya untuk dijadikan latar gambar di media sosial yang dirancang rapi oleh para penasihat politik.

“Adakah ini benar-benar lambang kuasa rakyat atau sebenarnya manifestasi keangkuhan yang dibungkus kemas oleh penasihat yang lebih gemar membakar emosi berbanding mencetuskan rasional,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP), pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Jais berkata, dalam sebuah demokrasi matang, ukuran sebenar kepimpinan adalah melalui dasar jelas, komitmen terhadap ketelusan, dan penghormatan terhadap proses institusi.

Menurut beliau, masyarakat awam ketika ini dilihat tidak tertarik terhadap perbuatannya melalui aksi dramatik di jalanan atau bilangan pengikut yang keliru.

“Malangnya, bagi segelintir pemimpin, Parlimen terlalu tertib untuk sandiwara, manakala peti undi terlalu jujur untuk muslihat.

“Maka, jalan raya pun dijadikan pilihan sebagai tempat di mana akal diganti dengan gema, dan tanggungjawab diganti dengan sorakan,” katanya.

Sehubungan itu, Jais menggesa semua pemimpin politik kembali kepada landasan perbincangan yang membina.

“Rakyat berhak mendapat pemimpin yang memperkukuh demokrasi melalui integriti, bukan yang memperalatkan demokrasi demi kepentingan peribadi atau persembahan politik semata-mata,” katanya.

Terdahulu, selain Kampung Baru yang menjadi laluan peserta untuk menuju ke Dataran Merdeka, kawasan yang terlibat adalah kompleks beli-belah Sogo Masjid Negara, Pasar Seni, Masjid Jamek Sultan Abdul Samad dan Masjid Jamek Kampung Baru.

Program Himpunan Turun Anwar telah bermula pada pukul 3 petang di Dataran Merdeka dan berakhir pada jam 6 petang.

Related Posts

Anwar ucap tahniah Hari Keputeraan Tuanku Muhriz

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, merafak sembah tahniah kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda yang ke-78 hari ini. Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Akar umbi akan beri sokongan jika UMNO bersama Kerajaan Perpaduan hingga PRU16

KUALA LUMPUR – UMNO meyakini bahawa akar umbi akan memberi sokongan terhadap keputusan parti untuk terus bersama Kerajaan Perpaduan hingga Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). Presiden UMNO, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Peruntukan RM2.3 juta perkasa pendidikan Perak 2026

Peruntukan RM2.3 juta perkasa pendidikan Perak 2026

SPRM perketat tindakan terhadap penjenayah kewangan melalui strategi baharu

SPRM perketat tindakan terhadap penjenayah kewangan melalui strategi baharu

Keselamatan jalan raya dipertingkat melalui kerjasama Puspakom-MIROS

Keselamatan jalan raya dipertingkat melalui kerjasama Puspakom-MIROS

Anwar ucap tahniah Hari Keputeraan Tuanku Muhriz

Anwar ucap tahniah Hari Keputeraan Tuanku Muhriz

Presiden UMNO isyarat penolakan terhadap Pas, cadang bubar parti

Presiden UMNO isyarat penolakan terhadap Pas, cadang bubar parti

Isi hati telah saya sampaikan kepada Presiden UMNO – Dr Akmal Saleh

Isi hati telah saya sampaikan kepada Presiden UMNO – Dr Akmal Saleh