Himpunan Turun Anwar ‘bunuh’ keuntungan jualan peniaga kecil

KUALA LUMPUR – Rata-rata peniaga dan penjaja di sekitar Kampung Baru kesal kerana perniagaan mereka terjejas susulan Himpunan Turun Anwar yang diadakan, pada Sabtu.

Ini kerana, kebiasaannya pada setiap hujung minggu mereka akan memperoleh pendapatan yang lebih tinggi berbanding hari biasa namun disebabkan kawasan berkenaan menjadi tempat berkumpulnya peserta himpunan, maka mereka mengalami kekurangan pelanggan.

Peniaga takoyaki, Suzana Arif, 42, kesal dengan tindakan penganjur himpunan itu kerana tidak mengambil kira keadaan peniaga yang selalunya akan memperoleh lebih pendapatan pada hujung minggu, berbanding hari bekerja.

Dia berpandangan, pihak berkuasa seharusnya tidak memberikan kebenaran kepada penganjur untuk mengadakan himpunan tersebut.

“Jika penganjur ingin membuat perhimpunan maka mereka sepatutnya memilih kawasan lapang yang tidak menganggu lalu lintas dan tempat tumpuan ramai.

“Sudahlah kalau hari bekerja, tidak ramai yang datang membeli jualan saya dan selalunya hujung minggu menjadi sasaran peniaga di sini untuk mendapat pendapatan lebih.

“Namun saya rasa hanya empat lima orang setakat ini datang membeli takoyaki, itu pun dalam kalangan peserta yang menyertai himpunan tersebut. Bagi saya sedikit sebanyak menjejaskan jualan saya,’’ katanya ketika ditemui The Malaysia Press (TMP), pada Sabtu.

Sementara itu, peniaga air soya, Ilyas Ilyanus, 61, berkata, kehadiran perhimpunan tersebut nyata memberi kesan kepada kelancaran perniagaannya yang sebelum ini sering menjadi tumpuan pelancong dan keluarga yang beriadah di kawasan sekitar.

“Dengan hasil jualan hari ini, saya rasa jam 5.30 saya belum boleh pulang lagi. Selalunya di hujung minggu, saya dah boleh balik sebab jualan sudah habis namun apabila ada himpunan sebegini, perniagaan menjadi tidak laku yang akhirnya saya mengalami kerugian.

“Saya akan menjual satu tong air soya dengan 150 bekas taufufa setiap hari. Kalau dilihat, masih ada dalam 10 bekas lagi dan air soya saya masih tidak habis dijual. Sepatutnya perhimpunan sebegitu tidak dilakukan di kawasan tumpuan orang ramai,” katanya.

Terdahulu, selain Kampung Baru yang menjadi laluan peserta untuk menuju ke Dataran Merdeka, kawasan yang terlibat adalah kompleks beli-belah Sogo Masjid Negara, Pasar Seni, Masjid Jamek Sultan Abdul Samad dan Masjid Jamek Kampung Baru.

Program Himpunan Turun Anwar telah bermula pada pukul 3 petang di Dataran Merdeka dan dijangka akan berakhir pada jam 6 petang.

Related Posts

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

KUALA LUMPUR – UMNO perlu memperkukuh peranan dan hala tujunya bagi tempoh dua dekad akan datang dengan memberi tumpuan kepada pembangunan holistik merangkumi aspek agama, politik, ilmu serta jati diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil Datuk Seri Rafizi Ramli bagi membantu siasatan berhubung projek pelaburan bernilai RM1.1 bilion yang dikaitkan dengan kerjasama industri semikonduktor antara Kementerian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat