Promosi pimpinan UMNO melalui TikTok

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh, mendedahkan bagaimana kuasa ‘For Your Page’ (FYP) dalam aplikasi TikTok mampu menyumbang kepada kemenangan calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, baru-baru ini.

Dr Muhamad Akmal menjelaskan calon BN daripada UMNO, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani, adalah seorang yang rajin bekerja membantu rakyat sejak dulu tetapi beliau hanya dikenali dalam kalangan penduduk kampung di Nenggiri dan tidak di kawasan luar atau oleh orang UMNO.

Bagaimanapun katanya, kekuatan Mohd Azmawi Fikri atau lebih dikenali sebagai Awie ialah beliau sering memuat naik kandungan mengenai kerja yang dilakukannya, dalam TikTok.

“Setiap kali beliau membuat kerja, pergi sanitasi rumah orang, hantar telur ke rumah orang, beliau letak dalam TikTok. Ada 800 video beliau buat kerja dulu.

“Jadi, apa yang kami buat ialah kami ekstrak video TikTok itu dan ‘blast’ kepada semua dengan ‘hashtag’ – ‘kita nak cari yang berkhidmat, bukan berhormat’.

“Apabila Presiden (Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) bercakap mengenai politik ‘handphone’, ia bukan saja baca ‘WhatsApp’… bukan.

“Kita jangan harapkan Penerangan (UMNO) saja. Penerangan sediakan kandungan media tetapi nak FYP dan tularkan itu adalah tiga juta ahli UMNO,” katanya seperti dilapor Berita Harian

Beliau berkata demikian ketika diberi peluang mencelah pada sesi penggulungan perbahasan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, di sini, bagi melakukan eksperimen sosial mengenai kepentingan untuk ahli UMNO mempunyai aplikasi TikTok.

Related Posts

Punca sokong Hamzah, Bersatu Pahang bergolak?

Oleh: Yusoff Din PEMECATAN Abdul Khalib Abdullah sebagai Ketua Bersatu Pahang dilihat membuka lagi episod pergolakan dalaman parti itu di negeri berkenaan, khususnya selepas kemelut melibatkan kem kepimpinan tertinggi parti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bersatu akan kuburkan PN menerusi ‘trojan horse’

PUTRAJAYA – Bersatu dijangka akan menggunakan taktik baharu untuk memecah-belahkan Perikatan Nasional (PN) susulan peletakan jawatan Datuk Seri Hamzah Zainuddin sebagai Ketua Pembangkang. Ahli Parlimen Lumut, Komander (B) Nordin Ahmad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Punca sokong Hamzah, Bersatu Pahang bergolak?

Punca sokong Hamzah, Bersatu Pahang bergolak?

Sarawak perkukuh dasar tenaga, sasar kurangkan kebergantungan diesel

Sarawak perkukuh dasar tenaga, sasar kurangkan kebergantungan diesel

Pembinaan SMAN, naik taraf Jalan Tengah Nipah dalam pertimbangan

Pembinaan SMAN, naik taraf Jalan Tengah Nipah dalam pertimbangan

Impak konflik Asia Barat: Sarawak umum pakej bantuan RM876.2 juta

Impak konflik Asia Barat: Sarawak umum pakej bantuan RM876.2 juta

Dakwaan Pulau Sebatik diserah kepada Indonesia tidak benar – Hajiji

Dakwaan Pulau Sebatik diserah kepada Indonesia tidak benar – Hajiji

Lelongan antik palsu, pengarah syarikat rugi RM222,000

Lelongan antik palsu, pengarah syarikat rugi RM222,000