Orang ramai serbu 800 set barang makanan

SIBU – Orang ramai tidak melepaskan peluang membeli 800 set jualan barangan makanan yang dijual dengan harga yang murah di sebuah pasar raya di sini pada pagi Sabtu.

Tinjauan mendapati orang ramai mula membanjiri pasar raya tersebut seawal 8.30 pagi sambil dikawal ketat oleh pasukan RELA.

Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling Chai Yew berkata, program ini merupakan satu inisiatif daripada pusat khidmat beliau untuk meringankan beban hidup rakyat.

“Program ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira tingkat pendapatan. Kita berhasrat menyampaikan bantuan terus daripada pihak kerajaan kepada penduduk Sibu,” katanya ketika ditemui pada Sabtu.

Seorang pengunjung Maurine Lit berkata, set barangan makanan tersebut dijual pada harga semurah RM 30 berbanding harga asal iaitu RM45.60 satu set.

“Saya berharap program jualan murah ini dapat diteruskan kerana dapat mengurangkan beban perbelanjaan dapur kami sekeluarga,” katanya.

Antara barang makanan yang disertakan dalam satu pek tersebut ialah beras, telur, biskut, mi segera dan krimer.

Pada masa yang sama, pengunjung turut diagihkan baucer minyak petrol yang bernilai RM5 yang boleh digunakan di semua cawangan stesen minyak Shell.

Related Posts

KPKT umum RM34.2 juta bagi 8 projek pembangunan Sandakan tahun 2025

SANDAKAN – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan sejumlah RM34.2 juta bagi pelaksanaan lapan projek pembangunan utama di bandar Sandakan untuk tahun 2025. Ia meliputi bidang pengurusan sisa pepejal,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
DAP Sabah sokong tindakan SLS, tuntut hak 40% Sabah

KOTA KINABALU – Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sabah menyatakan sokongan padu terhadap tindakan undang-undang yang diambil oleh Sabah Law Society (SLS) dalam menuntut hak perlembagaan negeri berkaitan 40 peratus hasil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KPKT umum RM34.2 juta bagi 8 projek pembangunan Sandakan tahun 2025

KPKT umum RM34.2 juta bagi 8 projek pembangunan Sandakan tahun 2025

AS gerak usaha ‘bawa’ Trump sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47

AS gerak usaha ‘bawa’ Trump sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47

RMK13 perlu fokus sektor agromakanan

RMK13 perlu fokus sektor agromakanan

DAP Sabah sokong tindakan SLS, tuntut hak 40% Sabah

DAP Sabah sokong tindakan SLS, tuntut hak 40% Sabah

Teraju Pahang slogan kosong Pas

Teraju Pahang slogan kosong Pas

MSN bukti keberkesanan pendekatan MOSTI pacu minat pelajar pada STI

MSN bukti keberkesanan pendekatan MOSTI pacu minat pelajar pada STI