Edar guna kereta sewa, polis rampas dadah RM2.35 juta

TANGKAK – Taktik sebuah sindiket mengedar dadah menggunakan perkhidmatan kereta sewa terbongkar selepas polis berjaya merampas dadah bernilai sehingga RM2.35 juta yang disimpan dalam kenderaan itu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Khaw Kok Chin berkata, dalam serbuan pada Khamis lalu, pihaknya berjaya merampas dadah seberat 23.5 kilogram (kg) dalam kereta sewa jenis Toyota Vios digunakan suspek.

“Suspek berusia 57 tahun itu sedang memandu kereta Toyota Vios menuju sebuah kondominium di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur. Sebaik tiba, polis menahan suspek dan pemeriksaan di dalam kenderaan menemui sejumlah dadah jenis eramin 5.

“Dadah itu dipercayai dibawa untuk diedarkan ke beberapa buah kelab malam di sekitar ibu kota,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Susulan penahanan lelaki berkenaan, polis kemudian menyerbu sebuah kediaman di Tangkak sebelum menahan suspek kedua iaitu lelaki berusia 45 tahun dipercayai rakan sindiket.

Menurut Kok Chin, siasatan awal mendapati kumpulan ini menggunakan kereta sewa untuk mengedar dadah kepada pelanggan di pusat hiburan sekitar Lembah Klang dan Johor.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek yang bergiat aktif sejak awal tahun ini turut positif dadah jenis methamphetamine dan masing-masing mempunyai tujuh serta enam rekod jenayah lampau berkaitan kesalahan dadah selain jenayah.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39b Akta Dadah Berbahaya (ADB)1952 dan kedua-dua suspek direman sehingga 29 Ogos ini bagi membantu siasatan.

“Tindakan juga diambil di bawah ADB (pelucuthakan harta) 1988 dan JSJN telah menyita dua kenderaan jenis Wira Aeroback serta Honda Civic yang dianggarkan bernilai RM41,800,” katanya.

Menurut beliau, keseluruhan rampasan dadah termasuk kenderaan bernilai RM 2.4 juta.

Related Posts

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

KANGAR – Seorang nenek mengaku bersalah dan didenda RM1,500 atas tuduhan memalsukan maklumat kelahiran seorang cucunya di Mahkamah Majistret Kangar di sini hari ini. Prosiding pendakwaan dilakukan oleh pegawai pendakwa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

KANGAR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyalurkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM17,193,470 kepada negeri Perlis bagi menyokong pelbagai program pembangunan Islam di negeri ini. Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr. Sirajuddin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan