Projek Lapangan Terbang Kuching, pelabuhan laut pacu pembangunan Asajaya – Abdul Karim

KOTA SAMARAHAN – Projek pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching yang baharu serta pelabuhan laut di Tanjung Embang dijangka menjadi pemangkin utama kepada peningkatan sosioekonomi penduduk di Asajaya.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, dua projek mega itu bakal membuka lebih banyak peluang kepada penduduk sekitar terutama dalam sektor pekerjaan dan perniagaan.

“Dua pulau buatan akan dibina di kawasan tersebut, selain pembinaan jambatan yang menghubungkan Tambirat dan Sambir di Asajaya. Ini akan memudahkan pergerakan dan merancakkan lagi aktiviti ekonomi setempat,” katanya.

Menurut beliau, pembinaan Lebuh Raya Persisir turut menyumbang kepada lonjakan pembangunan di kawasan itu.

“Saya tidak mahu penduduk Asajaya ketinggalan dalam arus pembangunan yang sedang rancak berlaku. Mereka perlu bersedia dari sekarang,” ujarnya ketika ditemui oleh pemberita selepas Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2025 Peringkat Daerah Asajaya, pada Sabtu.

Dalam pada itu, Abdul Karim turut menyeru penduduk tempatan agar merebut segala peluang yang ditawarkan melalui pelaksanaan pelbagai projek pembangunan tersebut.

“Saya mahu melihat masyarakat Asajaya terus maju, terutamanya dalam aspek pendidikan agar mereka mampu bersaing dan menikmati manfaat sepenuhnya hasil pembangunan ini,” katanya lagi.

Related Posts

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

KOTA KINABALU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan seorang penjawat awam kerana disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu melibatkan tuntutan kerja-kerja pembersihan berjumlah kira-kira RM1.3 juta. Menurut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

PADANG BESAR – Cubaan kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) melalui laluan haram di sempadan negara berjaya dipatahkan dalam Ops Pintas Kayang yang dilaksanakan di sekitar Padang Besar semalam. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

  • By Ynom
  • April 20, 2026
Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta