Projek ECRL siap 78.5 peratus setakat Januari

KUANTAN – Status kemajuan projek pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang membabitkan empat negeri, iaitu Kelantan, Terengganu, Kelantan dan Selangor, sudah mencapai 78.5 peratus setakat Januari lalu.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, tahap kemajuan meyakinkan itu selari dengan jadual penyiapan jajaran ECRL untuk fasa pertama dari Kota Bharu, Kelantan, ke Terminal Bersepadu Gombak, Selangor, pada Disember 2026.

Beliau berkata, jajaran fasa kedua dari Gombak ke Pelabuhan Selangor pula akan disiapkan menjelang Disember 2027 dan beroperasi sepenuhnya pada Januari 2028.

“Alhamdulillah, projek ini (ECRL) bukan projek kecil tetapi projek besar dengan mengambil kira kerjasama.

“Oleh itu, saya mengucapkan tahniah kepada MRL (Malaysia Rail Link Sdn Bhd) dan CCCECRL (China Communications Construction Sdn Bhd) kerana dapat berganding bahu menjayakan kemajuan projek ini.

“Insya-Allah, projek ECRL ini (fasa pertama) akan siap pada hujung tahun depan dan boleh beroperasi pada 2027.

“Namun, yang lebih penting ialah projek ini membuka ekonomi di Pantai Timur bagi menarik lebih banyak pelaburan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Laporan Impak Sukuk Matlamat Pembangunan Mampan Bagi Projek ECRL, di Tapak Projek ECRL Seksyen 10 dekat sini.

Hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif MRL, Datuk Seri Darwis Abdul Razak.

Terdahulu dalam ucapannya pada majlis berkenaan, Amir Hamzah berkata, projek ECRL sepanjang 665 kilometer yang bernilai RM50.27 bilion itu adalah inisiatif Kerajaan Persekutuan untuk menghubungkan negeri di Pantai Timur dengan Lembah Klang.

Selain itu, beliau berkata, ia juga bagi meningkatkan mobiliti rakyat, merancakkan pertumbuhan ekonomi serta menambah kesejahteraan masyarakat, khususnya di Kelantan, Terengganu dan Pahang.

“Projek ini turut memperkasakan keupayaan bakat tempatan berkemahiran dalam industri rel,” katanya.

Related Posts

Keperluan undang-undang berkaitan pasaran digital diperkasa

CYBERJAYA – Terdapat keperluan undang-undang berkaitan pasaran digital diperkasa selain kerangka lebih menyeluruh termasuk akta khusus diwujudkan bagi menangani cabaran sektor berkenaan yang semakin kompleks. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Najib tarik balik permohonan tahanan rumah

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dalam permohonan semakan kehakimannya bagi mendapatkan perintah supaya beliau menjalani baki hukuman penjara melalui tahanan rumah.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mutu IPT jadi penentu masa depan generasi – PM

Mutu IPT jadi penentu masa depan generasi – PM

PM harap isu krisis Negeri Sembilan selesai secara muafakat

PM harap isu krisis Negeri Sembilan selesai secara muafakat

Krisis Negeri Sembilan tidak gugat Kerajaan Perpaduan

Krisis Negeri Sembilan tidak gugat Kerajaan Perpaduan

Keperluan undang-undang berkaitan pasaran digital diperkasa

Keperluan undang-undang berkaitan pasaran digital diperkasa

Kepimpinan baharu diharap teruskan kecemerlangan FELDA Jengka

Kepimpinan baharu diharap teruskan kecemerlangan FELDA Jengka

Warga emas ditemukan meninggal selepas 5 hari dilaporkan hilang

Warga emas ditemukan meninggal selepas 5 hari dilaporkan hilang