MADA bidas Sanusi isu beras

ALOR SETAR – Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) menolak gesaan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor supaya kuasa urus tanaman dan industri padi diserah kepada pentadbirannya dan menasihatkan Sanusi supaya menyelesaikan masalahnya sendiri terlebih dahulu.

Pengerusinya, Dr Ismail Salleh berkata, sebaiknya peranan itu termasuk menyelesaikan masalah bekalan beras putih tempatan perlu terus digalas Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) tanpa diganggu mana-mana pihak semata-mata demi kepentingan politik.

“Masalah dalam negeri seperti Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Limau pun tak selesai , sekarang nak ambil kesempatan kata nak pegang (urus) hal padi dan beras pula… lagilah susah nak selesai.

“Kita ada bidang kuasa masing-masing , kalau beliau nak sangat jaga beras… nanti pilihan raya bertandinglah di Persekutuan,” katanya.

Jumaat lalu , Sanusi menggesa supaya kuasa menguruskan tanaman dan industri padi diberikan kepada kepada kerajaan negeri dalam usaha menangani isu kekurangan bekalan beras tempatan.

Mengulas lanjut, Ismail berkata, KPKM sedang mencari penyelesaian masalah terbabit dengan meneliti keseluruhan rantaian bermula dari penanaman padi sehingga penjualan beras.

Menurutnya, satu pemukiman akan diadakan dalam masa terdekat untuk melaksanakan perubahan jangka pendek dan panjang yang dijangka mampu membantu negara mengusai semula industri padi serta beras.

Ismail menjelaskan MADA pada pemukiman itu akan mencadangkan harga beras tempatan ditetapkan kerajaan mengikut kadar pasaran, bukan lagi oleh kilang padi tertentu.

“Selepas pemukiman itu , KPKM akan bentangkan kertas kerja untuk dibawa perhatian dan kelulusan Jemaah Menteri.

“Ini termasuk penetapan harga baharu padi, beras dan benih padi. Kita kena tengok ketiga-tiga aspek ini, tak boleh nak tengok satu-satu kerana semua saling berkait. Baru boleh selesai isu padi dan beras, ” katanya yang turut mencadangkan kelompongan Akta 522 atau Akta Kawalan Padi dan Beras diteliti.

Jelasnya lagi, sebagai contoh akta itu tidak menyentuh kesalahan campuran beras dan penukaran kampit, jadi tidak dapat dipastikan seksyen mana yang sesuai untuk didakwa kesalahan tersebut.

“Akta ini dari dulu ada kelemahan dan sekarang semakin memuncak selepas harga beras import meningkat,” katanya merujuk kartel mengambil kesempatan mengaut keuntungan dengan mencampurkan beras dan menukar kampit.

Related Posts

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

KOTA KINABALU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan seorang penjawat awam kerana disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu melibatkan tuntutan kerja-kerja pembersihan berjumlah kira-kira RM1.3 juta. Menurut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

PADANG BESAR – Cubaan kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) melalui laluan haram di sempadan negara berjaya dipatahkan dalam Ops Pintas Kayang yang dilaksanakan di sekitar Padang Besar semalam. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

  • By Ynom
  • April 20, 2026
Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta