Diskaun 50 peratus tol musim perayaan utama ganti tol percuma

PUTRAJAYA – Kerajaan akan melaksanakan diskaun tol sebanyak 50 peratus pada musim perayaan utama sebagai mekanisme menggantikan tol percuma yang diamalkan sebelum ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, langkah itu dapat menjimatkan kos yang terpaksa ditanggung kerajaan.

Beliau berkata, melalui diskaun 50 peratus itu kerajaan dapat menjimatkan sebanyak RM180 juta setahun.

“Diskaun tol 50 peratus tersebut akan diaplikasikan selama lapan hari setahun seperti sebelum ini.

“Pada Tahun Baharu Cina diberikan diskaun 50 peratus dengan keputusan itu dibuat memandangkan rakyat masih memerlukannya,” katanya selepas satu program di Sabak Bernam, Selangor.

Alexander menjelaskan, keputusan pemberian diskaun bagi setiap musim perayaan itu telah dipersetujui Kabinet sebelum ini.

“Kabinet boleh putuskan atau tukar pandangan ikut keperluan.

“Semua (kos diskaun) tol ini dibiayai kerajaan dan itu kena tahu dan bukan dibiayai syarikat konsesi.

“Jadi, saya harap rakyat tahu ini (diskaun 50 peratus tol) dibelanjakan daripada duit rakyat juga,” katanya.

Related Posts

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan laporan Bloomberg yang didakwa mengelirukan serta tidak berasas berkaitan Ketua Pesuruhjaya, sambil menegaskan ia boleh menjejaskan keyakinan masyarakat terhadap suruhanjaya itu. Dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
NRES beri kerjasama penuh kepada SPRM terhadap JAS

KUALA LUMPUR – Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) akan memberikan kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penahanan Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Alam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan

  • By Fandi
  • February 10, 2026
Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan

Lake Duck Paddle Boat galak gaya hidup sihat

Lake Duck Paddle Boat galak gaya hidup sihat

SPRM bongkar tuntutan palsu diesel RM114,000

SPRM bongkar tuntutan palsu diesel RM114,000

Kuil haram di lebuhraya: Bila sentimen mengatasi undang-undang

Kuil haram di lebuhraya: Bila sentimen mengatasi undang-undang